I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 10, 2010

Tip-Tip Peperiksaan

Assalamualaikum..

Peperiksaan akhir bagi semester ini akan kita hadapi tidak lama lagi. Justeru itu kami mahasiswa pendidik mengucapkan selamat mengulangkaji pelajaran dan semoga sukses dalam setiap peperiksaan yang akan ditempuhi kelak. Dalam tempoh minggu mengulangkaji ini, gunakanlah dengan sebaik mungkin masa yang ada, jagalah kesihatan dan jangan lupa minta restu mak ayah serta berdoalah pada yang Esa
. Insyaallah dengan usaha yang dilakukan akan beroleh kejayaan!!!

Sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan, di sini terdapat beberapa tips yang boleh digunakan sebagai panduan buat kita semua.




SENARAI SEMAK PERSEDIAAN AWAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Memastikan tindakan berikut telah dilaksanakan:
1. Merekodkan tarikh, masa dan tempat bagi setiap ujian atau peperiksaan di atas kalendar pengurusan masa.
2. Mempunyai nota yang teratur dan lengkap.
3. Memberi tumpuan kepada subjek yang penting dan lemah.
4. Mengatur masa belajar secara sistematik dan mematuhinya.
5. Membuat senarai semak subjek mengikuti tajuk untuk ulangkaji
6. Membuat latihan berpandukan soalan peperiksaan/ ulangkaji:

Kenalpasti soalan
Jawab ikut masa sebenar
Semak jawapan
Kenalpasti kekuatan/kelemahan


PERSEDIAAN MINGGU-MINGGU TERAKHIR MENGHADAPI PEPERIKSAAN

• Ulangkaji berterusan (Secara kumpulan / individu = Aktiviti perbincangan )
• Pelajar harus menjaga kesihatan:
Riadah yang minima
Makanan yang seimbang
Tidur yang cukup
Emosi yang stabil

• Motivasi – ingin berjaya dengan cemerlang
• Berdoa – penerang hati
• Sembahyang hajat


PERSEDIAAN SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN

1. Bertenang (emosi yang stabil)
2. Lihat nota – bukan buku teks
3. Jadual peperiksaan – tandakan
4. Kad pengenalan – pastikan ada
5. Alat tulis – pastikan lengkap
6. Sembahyang hajat – mohon pertolongan Allah
7. Sokongan moral dari keluarga
8. Persediaan mental yang mantap
9. Tidur yang cukup


PERSEDIAAN PADA AWAL HARI PEPERIKSAAN

1. Bangun awal pagi dan SOLAT SUBUH
2. Sarapan seimbang
3. Pastikan maklumat peperiksaan lengkap
4. Datang awal ke dewan peperiksaan
5. Tiada lagi perbincangan tentang pelajaran
6. Doa – mohon ketenangan dan kejayaan
7. Masuk ke dewan dengan berdisiplin dan tenang


PERSEDIAAN DI DALAM DEWAN PEPERIKSAAN

• Berdoa – mohon ketenangan dan keyakinan
• Dengar arahan Ketua Pengawas dengan teliti
• Baca semua soalan sepintas lalu
• Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu
• Pastikan jawapan yang anda pilih
• Cetuskan idea-idea penting sebagai jawapan
• Catat idea pada kertas soalan
• Sentiasa semak baki masa yang ada
• Semak jawapan anda. Jawapan mesti tepat dan padat serta tersusun dan kemas
• Jika tertekan : (Stress) – istighfar, tarik nafas, bertenang, bayangkan suasana yang nyaman.
• Jika masih tertekan, minta bantuan pengawas peperiksaan


PERSEDIAAN SELEPAS MENJAWAB PEPERIKSAAN

1. Elakkan berbincang tentang jawapan
2. Balik dengan senang hati. Jangan fikirkan apa yang telah anda jawab
3. Ulangkaji matapelajaran seterusnya
4. Tunaikan solat DAN terus berdoa
5. Bertawakkal
'Mahasiswa Pendidik'

No comments:

Post a Comment