I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, June 27, 2010

Gerakan Zionis Perlu Diperangi

PADA 27 Disember 2008, ketika tirai Maal Hijrah 1430 H baru terbuka dan ketika umat Islam menyambutnya dengan sinar dan harapan baru, dunia dikejutkan dengan serangan ganas tanpa perikemanusiaan yang telah dilakukan oleh Rejim Zionis Israel terhadap penduduk Gaza. Ramai saudara kita yang gugur di medan perjuangan.

Dua tahun kemudian, rejim ganas ini bertindak semakin liar. Kali ini, aktivis keamanan antarabangsa pula menjadi senarai terbaru dalam senarai keganasan mereka.

Seramai 19 orang sukarelawan kemanusiaan terbunuh dan mujurlah wakil dari Malaysia terselamat. Rakyat Malaysia juga berpeluang untuk mendengar serta melihat video keganasan terbaru oleh puak-puak binatang bertopengkan syaitan ini.

Di Gaza pula, rakyat Palestin tidak pernah aman. Tentera yahudi terus-terusan menggunakan segala kecanggihan dan alat kelengkapan perang untuk mengganyang wilayah miskin berkepadatan tinggi itu. Serangan dilakukan tanpa henti siang dan malam.

Begitu juga tanpa memilih sasaran sebaliknya secara rambang, dihalakan segala bentuk peluru yang terkini dan termoden ke sekolah, masjid, pasar, rumah kediaman termasuk juga hospital dengan dakwaan dan tuduhan bahawa ia digunakan oleh Hamas untuk menyimpan peluru.

Ini dasar mereka yang berkonsep matlamat menghalalkan cara tanpa mengendahkan seruan dan kecaman antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan lain-lain.

Tambah memilukan, sikap talam dua muka kuasa besar dunia yang membatalkan setiap usul untuk mengecam Israel. Kuasa veto yang dimiliki digunakan sepenuhnya untuk melindungi dan mengiakan segala tindak-tanduk rejim Zionis yang zalim itu.

Serangan sengit tanpa henti-henti telah mengakibatkan ribuan jiwa terbunuh. Semoga Allah SWT mengurniakan mereka syahid. Mereka yang tercedera angkanya melebihi lapan ribu jiwa. Kalau ini masih lagi berlangsung tanpa ada sebarang usaha untuk menyekat tindakan kebinatangan serta kezalimannya maka ia akan menjadi sejarah yang paling pahit, kejam dan zalim pada kurun ini, melebihi apa yang berlaku di Sabra dan Syatila1.

Segala tindakan biadab rejim Zionis ini tidak menghairankan lagi kerana sudah sedia tercatat dalam sejarah bahawa kezaliman mereka ini memang tiada tolok bandingnya. Siri-siri kezaliman itu pula bukan hanya membabitkan kabilah dan bangsa lain tetapi lebih parah lagi, nabi-nabi mereka sendiri sanggup mereka bunuh.

Mereka juga bertanggungjawab menyemarakkan api permusuhan di kalangan manusia seperti mana yang terjadi di Madinah al-Munawwarah, tetapi dapat dipadamkan oleh Rasulullah SAW .

Dalam buku Mughalatat al-Yahud, ada disebut bahawa orang Yahudi menganggap diri mereka bangsa pilihan Allah, anak-anak dan kekasih-Nya. Di samping itu, mereka menganggap semua manusia lain sebagai binatang dan tunggangan untuk mereka serta menamakan diri mereka sebagai goyim iaitu perkataan Hebrew yang bermaksud puak atau kaum.

Antara dakwaan mereka ialah rakyat Israel merupakan bangsa pilihan dan bumi Kan'an ialah milik mereka tanpa boleh dipertikaikan. Merekalah semulia-mulia makhluk dan bangsa yang suci. Allah tidak memilih Nabi-Nabi dan orang soleh kecuali daripada kalangan mereka. Walau bagaimanapun, kita mesti ingat bahawa Allah telah menjanjikan kemenangan kepada umat Islam pada suatu hari nanti. Janji-janji ini mesti sentiasa tertanam dalam diri kita supaya semangat jihad akan terus subur tanpa ada satu saatpun rasa putus asa. Janji Allah SWT ini terdapat dalam kitab Al-Quran yang Agung.

“Maka, Kami lakukan terhadap mereka beberapa tindakan (melaknat dan mengutuk mereka) disebabkan mereka melanggar perjanjian itu dan karena kekafiran mereka terhadap keterangan-keterangan Allah, serta mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar” (QS.An Nisaa’ 155)

“…lalu ditimpakanlah kepada mereka (kaum Yahudi) nista dan kehinaan, serta mereka mendapatkan kemurkaan dari Allah. Hal itu terjadi karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar…” (QS. Al Baqarah 61).

Maksud ayat al-quran di atas menggambarkan bahawa kemenangan pasti dikecapi oleh umat Islam walaupun mereka begitu bernafsu untuk memperhambakan seluruh umat agar tunduk dan patuh kepada agenda mereka. Bahasa yang paling sesuai digunakan untuk mereka adalah perang dan jihad seperti mana yang diusulkan para ulama dan juga pemimpin Islam seperti mana kaedah disebut "Pedang hendaklah diselesaikan dengan pedang."

Ini kerana makin dilarang, dikeji dan dicerca semakin menjadi-jadi tindakan kekejamannya. Semoga umat Islam bangkit begitu juga masyarakat dunia, bagi menyekat kezaliman Israel di muka bumi ini.

Semoga buku-buku yang terdapat di pasaran seperti Air Mata Gaza, Gaza Berdarah Lagi akan memberikan kita keinsafan serta menjadikan kita kasih kepada bumi Palestin dan warganya di samping semangat ukhuwah Islamiah. Menjadi harapan kita semua agar umat Islam sentiasa mendapat pemeliharaan Allah SWT dan Baitulmaqdis menjadi milik umat Islam kembali. Amin.

Thursday, June 24, 2010

Pinjaman penuh jika gaji kurang RM4,000

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang pendapatan bersih keluarga mereka RM4,000 ke bawah layak mendapat pinjaman penuh iaitu meliputi yuran dan sara hidup dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionaPinjaman penuh jika gaji kurang RM4,000 (PTPTN) mulai 1 Julai ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kadar pendapatan bersih keluarga pelajar yang layak mendapat pinjaman penuh sebelum ini ialah RM3,000 ke bawah.

"Sebelum ini juga keluarga pelajar berpendapatan bersih RM3,000 hingga RM5,000 mendapat pinjaman yang meliputi yuran dan sebahagian sara hidup, manakala yang berpendapatan RM5,000 ke atas hanya dapat pinjaman untuk yuran.

"Langkah PTPTN untuk meningkatkan kadar pendapatan bersih keluarga ini akan memperluaskan lagi peluang pelajar IPT yang layak untuk diberi pinjaman penuh berasaskan kepada kriteria yang memang telah ditetapkan seperti kursus yang diambil ada akreditasi dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Halatuju Pembangunan Keusahawanan IPT di Kuala Lumpur hari ini.

Seminar sehari anjuran kementerian itu bertujuan memberi kefahaman kepada pihak pengurusan atasan IPT mengenai cabaran dan halatuju pembangunan keusahawanan di peringkat pengajian tinggi dan kepentingannya kepada pembangunan sahsiah pelajar.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled menyerahkan peruntukan RM5.55 juta bagi penubuhan Pusat Keusahawanan dan pelaksanaan program pembudayaan keusahawaan kepada setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) negara.

Selain 20 IPTA dalam negara, kolej komuniti, politeknik dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) turut terlibat dalam pemberian peruntukan berkenaan, katanya.

"Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memperuntukkan RM150,000 bagi tujuan penubuhan Pusat Keusahawanan dan RM100,000 bagi pelaksanaan program pembudayaan keusahawanan untuk setiap IPTA negara.

"Penubuhan pusat keusahawanan ini amat signifikan sebagai entiti yang akan merancang, menyelaras, memantau dan menilai segala program pembangunan keusahawanan dan bertindak sebagai ''contact point'' dalam hal ehwal pembangunan keusahawanan IPT," katanya.

Mohamed Khaled berkata semua IPT termasuk Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) perlu menubuhkan pusat keusahawanan masing-masing kerana ketika ini hanya tiga IPTA yang mempunyai pusat keusahawanan iaitu Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

"Negara memerlukan ramai usahawan untuk menjayakan agenda Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh, dan peranan IPT bukanlah kecil. Jika IPT dapat memberi latihan dan pendedahan kepada pelajar yang mempunyai potensi keusahawanan yang tinggi, mereka inilah yang akan mempunyai prospek paling cerah untuk menjadi usahawan setelah bergelar graduan," katanya.

Sumber : Malaysiakini, 24 Jun 2010

Sunday, June 20, 2010

Kementerian mungkin mansuh UPSR dan PMR

Jun 20, 10 2:30pm
Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja," katanya.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran memberitahu demikian ditemui selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pagoh di Muar hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya, periksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

Katanya pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya.

Muhyiddin berkata secara peribadi beliau berpendapat hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana di dalam soal kerjaya pun hanya SPM sahaja yang digunakan.

Namun menurutnya UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah aliran tertentu.

Beliau berkata dengan hanya satu sahaja peperiksaan awam, guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat interaktif dan aktiviti ko-kurikulum lain, serta sukan.

Kepada satu soalan, Muhyiddin berkata keadaan di mana jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.

"Kira-kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang memasuki universiti adalah perempuan dan trend ini berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh
dunia," katanya.

Malaysia kini
21/06/2010

Saturday, June 19, 2010

Kejayaan Dunia Membajai Kejayaan Akhirat

Alhamdulillah,syukur kepada Ilahi kerana masih memberi kesempatan dan peluang kepada kita berada di muka bumi-Nya ini. Apabila bercakap mengenai kecemerlangan, setiap orang pasti ingin mencapainya. Namun apakah cukup kita berjaya di dunia yang sementara ini. Semestinya tidak bagi kita yang beragama Islam. Sesungguhnya kita percaya kejayaan di Akhirat adalah hakiki dan di dunia adalah sementara. Namun, untuk berjaya di akhirat kita juga perlu seimbangkan antara dunia dan akhirat.

Jadi, kedua-dua kecemerlangan ini saling berhubung antara satu sama lain dan tidak sesekali terpisah. Hubungan yaang terjalin merupakan dalam bentuk kesepaduan antara satu sama lain. Islam sesekali tidak mengajar kita untuk meminggirkan kecemerlangan duniawi demi mencapai kecemerlangan akhirat begitulah sebaliknya.

Dalam kisah ini, boleh dikatakan bahawa kecemerlangan dunia ialah bayangan kecemerlangan akhirat. Ini adalah kerana mereka yang berjaya mencapai kecemerlangan di dunia sahaja dikira layak untuk mendapat kejayaan di akhirat. Dalilnya dapat kita lihat dalam maksud ayat Al-Quran di bawah

Maksudnya : "Dunia ialah ladang tanam-tanaman untuk akhirat."

Berdasarkan maksud di atas, ini menunjukkan bahawa "tanaman" umat Islam di dunia ini mestilah subur, lebat, dan sihat supaya buahnya yang lebat dan manuis rasanya boleh dipetik atau dituai di akhirat kelak.

Bak kata pepatah, berenang-renang ke hulu, berakit-rakit ke tepian. bertanam-tanaman dulu barulah merasa buahnya kemudian. Tapi jika tanaman tak dibaja mana mungkin untuk dapatkan hasil yang baik lagi bermanfaat. Tingkatkan amal dan iman selagi nyawa dikandung badan. Ingatlah bahawa kita adalah hamba dan seharusnya kita sedar akan tangungjawab yang sebenar. Mengapa diutuskan kita di atas muka bumi ini? Apakah sudah cukup amalan kita untk menempah Syurga Allah? Sudah bersediakah kita untuk menemui mati dan yang sewaktu dengannya?sama-sama kita fikirkan...

Keadaan Umat Islam di Kemboja Menyentuh Hati

Assalamualaikum...

Buat pengetahuan semua yang sudi membaca blog ini, saya dan beberapa orang sahabat MPP UPSI telah membuat program Baktisiswa di Negara Kemboja di mana sasarannya adalah di kampung majoriti penduduknya adalah yang beragama Islam. Program yang dijalankan ini berlangsung selama 5 hari iaitu bermula pada 7 hingga 12 Jun 2010. Fokus program ini adalah untuk membantu umat Islam di Kemboja yang masih tiada tempat di negara sendiri. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada bakal-bakal guru untuk berbakti serta mendidik masyarakat ke arah kehidupan yang lebih baik.

Lima hari di kemboja sungguh menyentuh hati. Jika kita di Malaysia hidup yakin dengan pemerintah yang juga orang Islam atau yakin dengan keadaan kemudahan pendidikan serta infrastruktur yang menjanjikan segala kesenangan tetapi tidak bagi umat Islam di Kemboja. Pemerintah Kemboja tidak menekan umat Islam tetapi umat Islam perlu hidup di atas kaki sendiri tanpa bantuan. Umat Islam di Kemboja hanya yakin kepada Allah swt dan ini menjadikan mereka kuat dan tabah melalui kehidupan yang sungguh mencabar. Majoriti penduduk pendalaman Islam di Kemboja ketinggalan kira-kira 30-40 tahun daripada kita.

Bersyukur sungguh kerana Allah telah memilih saya untuk menziarahi saudara Islam di Kemboja yang sangat memerlukan bantuan daripada saudara Islam dari seluruh dunia. Semoga ziarah ini akan memberi motivasi kepada saya serta sahabat-sahabat yang lain untuk meneruskan perjuangan Hidup Untuk Memberi. Sepanjang 5 hari berada di kemboja hati aku amat tersentuh dengan kehidupan umat Islam di sana yang rata-ratanya tergolong dalam fakir miskin yang wajib dibantu. Keadaan mereka sangat dahsyat dengan tidak ada kemudahan elektrik, rumah yang hanya diperbuat daripada atap nipah serta sistem kehidupan mereka yang masih lagi tidak terurus. Anak-anak kecil yang sepatutnya menuntut ilmu di sekolah hanya tinggal harapan sahaja kerana tidak mempunyai wang malah untuk sesuap nasi pun susah.

Ketika berada di sana, saya sempat bertanyakan pasal kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh penduduk di tempat kami tinggal. Menurut seorang penduduk kampung yang boleh bercakap bahasa Melayu, kebanyakan mereka hanya mengusahakan tanaman padi sahaja itupun jika hujan turun. Kerana mereka hanya bergantung semata-mata kepada air hujan untuk mengusahakan tanaman padi. Jika hujan tak turun maka tak buatlah. Menurutnya lagi, pada tahun ini mereka tidak boleh menanam padi kerana keadaan kemarau,tidak ada air. Mereka hanya menunggu rahmat daripada Allah untuk mengusahakan padi. Keadaan ini disebabkan oleh kemudahan yang tidak mencukupi. Begitu kehidupan mereka sehari-hari. Amat menyentuh perasaan. Sebagai penutupnya,saya mengajak diri saya dan semua yang berada di luar sana untuk sama-sama hulurkan tangan bagi meringankan beban Umat Islam di Kemboja dan di mana-mana yang memerlukan. Insyaallah, dengan sumbangan yang ikhlas ini akan memberi saham kepada kita di akhirat kelak.