I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, April 7, 2010

Isu Bas dan Kuliah Di Proton City

Assalamualaikum...

Ramai yang tertanya-tanya..
Kuliah di Proton City!!!!Jauhnya....

Saya rasa semua sedia maklum bahawa pada semester hadapan terdapat beberapa fakulti yang akan berkuliah di proton city iaitu fakulti sains saosial dan kemanusiaan serta fakulti bahasa. Saya yakin bahawa keadaan ini telah menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan semua mahasiswa yang terlibat dengan kuliah di proton city pada semester hadapan. Walaupun ia bermula pada semester hadapan tetapi terdapat banyak persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat-sahabat tentang perubahan tempat kuliah ini. Antara persoalannya ialah bagaimana jadual pengangkutan bas untuk ke sana, bagaimana keadaan kuliah di proton city dan sebagainya. Persoalan ini ditimbulkan oleh mahasiswa yang menginap di kolej Khar, Kuo dan Uklk terutamanya disebabkan jarak yang begitu jauh untuk ke sana. Persoalan ini akan sentiasa bermain di fikiran mahasiswa selagi mana tidak dikeluarkan kenyataan yang jelas mengenai hal ini.

Untuk pengetahuan semua, saya dan beberapa orang sahabat MPP telah berjumpa dengan pihak akademik dan bahagian hal ehwal pelajar untuk mendapat penjelasan berkaitan hal ini. Namun, mereka menyuruh kita bersabar dan kenyataan serta jadual pengangkutan bas akan dikeluarkan kelak. Walau bagaimanapun, kami akan cuba sedaya mungkin untuk mendapatkan penjelasan yang terperinci mengenai isu bas dan kuliah di proton city ini. Saya dan rakan-rakan MPP lain mengharapkan supaya mereka yang terlibat dengan kuliah di proton city bersabar dan insyaallah kami akan memastikan maklumat berkaitan isu ini akan kami dapatkan dalam masa yang terdekat ini. Kami akan sampaikan maklumat ini dari semasa ke semasa. Kita mengharapkan isu ini dapat diperjelaskan oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk keselesaan kita bersama.

No comments:

Post a Comment