I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru Buat Semua Pendidik




Tiada sesiapapun yang boleh menafikan peranan guru yang begitu penting demi menjayakan anak bangsa. Ini selaras dengan tema hari guru pada tahun ini iaitu 'Guru Pembina nagara Bangsa'. Tugas guru daripada dahulu hinggalah sekarang tidak pernah berubah. Mereka mengajar dan mendidik supaya anak murid terus menerus menjadi bijak pandai dan berguna kepada agama bangsa dan negara. Inilah yang paling besar jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh semua pendidik. Merekalah pewaris kepada perjuangan Rasulullah saw dalam menyampaikan ilmu kepada umat. Oleh itu sewajarnya kita menghormati guru yang banyak mencurahkan bakti dalam mendidik kita menjadi seorang insan yang berguna.

Nabi saw bersabda yang bermaksud;"pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmu daripadanya.

Saiyina Ali r.a juga pernah berkata ;"Dia tetap guruku walaupun mengajar sebatang huruf alif. dengan kata-kata ini jelaslah tergambar kepada kita bahawa guru perlu dihormati walau apapun yang diajar.

Semoga kita serta anak-anak didik tidak memandang rendah akan pekerjaan sebagai seorang guru. Ketahuilah bahawa guru adalah insan mulia yang wajar dikenang dan didoakan selama hayatnya.Sesiapa yang menghormati guru akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.