I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 20, 2010

Mahasiswa oh Mahasiswa

Assalamualaikum....

Apa sudah jadi dengan segelintir mahasiswa kita sekarang. Orang terdidik lagi bijak pandai tetapi membuat sesuatu yang tidak masuk dek akal. Pernyataan ini saya kemukakan kerana telah timbul satu isu yang melibatkan mahasiswa di IPT yang heboh dibicarakan di dada-dada akhbar. Nikah "PELIK" di IPT itulah yang menjadi isunya. Menurut laporan akhbar,pernikahan ini melibatkan beberapa pasangan dalam kalangan mahasiswa sendiri yang berlaku di sebuah IPT di ibu negara. Pernikahan ini dikatakan menyeleweng di mana pengantin, saksi, wali, tetamu dan tok kadinya terdiri daripada rakan sekuliah. Pernikahan ini sangat bertentangan dengan apa yang ditetapkan oleh agama kita yakni Islam. Persoalannya di sini, Sudah terdesak sangatkah mahasiswa kita hari ini ingin berkahwin sehingga rukun-rukun dibelakangkan.

Ingatlah wahai pemuda dan pemudi sekalian, kita merupakan orang yang terpilih untuk menjadi penghuni di IPT-IPT yang mempunyai kelebihan dari segi Ilmu dan akhlaknya. Kita juga menjadi harapan kepada kedua ibu bapa untuk melihat diri kita berjaya dengan baik dalam bidang pendidikan. Oleh itu, jadilah seorang penuntut IPT yang selayaknya dengan tahap keintelektualan kita. Gunakan ilmu yang ada itu dengan sebaik mungkin untuk mengenal yang mana boleh dan yang tidak boleh dilakukan. Janganlah kita mempunyai ilmu semata-mata tetapi tidak tahu untuk menggunakannya. Janganlah menggunakan ilmu ke arah keburukan. Jadilah sebagai contoh tauladan yang baik buat masyarakat seluruhnya. Insyaallah, semoga kita semua terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang terkutuk sebegini.

“Kepada adik-adik remaja, rakan-rakan seperjuangan khususnya mereka yang menuntut di UPSI, jauhilah maksiat bercouple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah bahawa anda amat berani mendurhakai Allah. Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai. Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya..”

Ingat, rumahtangga yang tidak ditentukan arah tujunya, adalah rumahtangga yang tidak tentu arah.

Satu jalan menuju ke Syurga.

Satu jalan menuju ke Neraka.

Bahagia hendaknya, biar sampai ke Syurga.



Sebagai akhirnya, marilah kita sama-sama hayati firman Allah SWT ini sebagai pendorong buat kita semua dalam menuntut ilmu..maksudnya:

"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat"

Berdasarkan firman di atas, Allah akan mengangkat darjat orang yang beriman lebih-lebih lagi yang mempunyai ilmu pengetahuan, beberapa darjat yang tinggi di sisi Allah. Dan Allah juga akan mengangkat darjat orang yang berilmu tetapi tidak beriman satu darjat yang tinggi di dunia ini.

No comments:

Post a Comment