I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, February 17, 2010

Kembali ke Zaman Jahilliah

Assalamualaikum..

Apabila akhbar-akhbar menyiarkan masalah pembuangan bayi, tergambar di sudut hati ini apa sudah jadi dengan masyarakat kita sekarang. Anak sendiri pun sanggup dibuang. Ini kerana, kejadian pembuangan bayi dalam masyarakat kita pada hari ini semakin menjadi-jadi dan menyedihkan apabila saudara Islam kita sendiri yang melakukan perkara terkutuk ini. Adakah sudah tidak ada lagi rasa takut Pada Yang Esa tatkala melakukan perkara ini ataupun sudah tidak ada rasa belas kasihan akan bayi yang dilahirkan itu???




Teman-teman ,semasa cuti perayaan tahun baru cina pada minggu lepas, kita dikejutkan dengan satu kejadian yang menyayat hati. Apabila di bandar kuala Krai, negeri kelantan dikejutkan dengan kejadian bayi yang dibuang dan dibakar di dalam tong sampah. Kejadian ini terjadi di tempat saya dan hati ini sangat sedih dan kecewa sekali apabila melihat sendiri anak kecil yang dibuang dan dibakar.. Mata ini melihat sendiri keadaan bayi yang dibuang ini. sangat menyedihkan!!!! Pabila melihat keadaan ini, hati ini berbicara dan berkata bahawa masyarakat kita pada hari ini telah kembali mewarisi sifat-sifat masyarakat jahiliah dahulu. Di mana kita ketahui bahawa di zaman jahiliah dahulu mereka membunuh anak yang baru dulahirkan secara hidup-hidup. Inilah yang telah terjadi dalam masyarakat kita sekarang. Tidak ada rasa takut pada yang Esa

Untuk itu, saya berpesan kepada diri sendiri dan kepada semua, sama-samalah kita hindari perkara-perkara yang terkutuk ini agar kita semua mendapat keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Insyaallah. Sama- sama kita saling nasihat dan bertegur-teguran ke arah kebaikan demi menjadi orang yang betul-betul beriman seperti mana firman Allah SWT :

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr : 1 – 3).

Mohd Amin Bin Mat Sidik
Mahasiswa UPSI
Exco Akademik dan Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar
UPSI

No comments:

Post a Comment