I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 9, 2010

Selamat Kembali Ke Bumi UPSI

Syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi ruang dan peluang kepada kita semua untuk meneruskan pengajian bagi semester 1 sesi 2010/2011. Kepada yang berada di semester lapan,selamat menjalani praktikal saya ucapkan. Jadilah guru yang baik serta gunakanlah sebaik mungkin ilmu yang diperolehi semasa 3 tahun 6 bulan anda berada di bumi UPSI.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat kembali ke bumi UPSI kepada semua setelah dua bulan bercuti. Selamat menjalani semester 1 sesi 2010/2010 yang akan bermula pada 12 Julai 2010 iaitu pada hari Isnin depan. Bersempena semester baru ini, diharapkan kita semua mempunyai azam yang baru untuk terus cemerlang daripada semester sebelum ini.

Dalam pada itu, saya selaku Exco Akademik dan Kerjaya MPP UPSI mengucapkan tahniah kepada mereka yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir semester lepas dan teruskan usaha. Kepada mereka yang kurang cemerlang jangan berasa 'down' dan berputus asa dengan result yang diperolehi. Yakinlah kita semua adalah insan yang cemerlang dan tanamkan tekad di awal-awal semester di samping perancangan yang baik untuk terus maju pada semester ini. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada pelajar-pelajar baru ambilan julai 2010/2011 kerana berjaya meneruskan pengajian di UPSI.

Kepada semua siswa-siswi UPSI, jika ada masalah berkaitan akademik dan sebagainya bolehlah berjumpa dengan saya serta barisan MPP yang lain di pejabat MPP, Bitara Siswa. Anda juga boleh melawat blog upsikini.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang terkini. Selamat maju jaya diucapkan.

No comments:

Post a Comment