I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, July 18, 2010

Kenyataan TPM - Satu Persoalan

Kenyataan yang dikeluarkan oleh TPM pada hari ini menimbulkan satu lagi persoalan kepada kita yang mengambil bidang pendidikan. Hal ini kerana, masih terdapat lagi graduat bidang pendidikan yang tidak ditempatkan di mana-mana sekolah di seluruh negara.Bahkan Graduat lepasan UPSI masih ada lagi yang tidak dapat penempatan di sekolah. Di mana silapnya tidak dapat dikenalpasti. Andai guru sudah melebihi seperti mana yang terpampang di dada-dada akhbar sebelum ini adalah perkara yang mustahil bila mana kenyataan TPM ini dikeluarkan.


Jika kita diperhatikan kata-kata TPM, masalah ini tidak sepatutnya wujud bahkan tidak timbul isu yang mengatakan bahawa mahasiswa lepasan bidang pendidikan tidak dijamin menjadi guru. Malah,di UPSI sendiri yang sepatutnya mengeluarkan produk seorang pendidik telah bertukar fungsinya apabila ambilan yang ada sekarang dikatakan tidak fokus kepada guru di sekolah semata-mata. Di mana sebenarnya kesahihan perkara ini jika ditimbangtarakan dengan keadaan serta situasi pada masa kini. Perhatikan kenyataan TPM ini.



Mengatasi kekurangan guru


MUHYIDDIN Yassin diirngi Jumat Idris (kiri) masuk ke dewan persidangan semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Sepanggar, Kota Kinabalu, semalam.


KOTA KINABALU 18 Julai - Kerajaan akan mengambil pendekatan proaktif dengan menghantar guru-guru berasal dari Sabah dan Sarawak mengajar di negeri masing-masing dalam usaha mengatasi masalah kekurangan guru di kedua-dua negeri tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah tersebut akan dilakukan secara berperingkat memandangkan terdapat kekurangan guru pada masa ini.

"Ini akan mengambil masa kerana kita tidak boleh tukar guru dari Semenanjung (yang bertugas di Sabah dan Sarawak) balik ke Semenanjung dan Sabah balik ke Sabah kerana kadang-kadang bilangan (guru) pun tak mencukupi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepanggar di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada dasarnya kerajaan bersetuju guru berasal dari Sabah dan Sarawak ditempatkan di kedua-dua negeri itu kerana mereka lebih mudah memahami dan serasi dengan persekitaran fizikal serta budaya setempat.

Sementara itu, mengulas mengenai kelewatan menyiapkan sebahagian besar makmal komputer di sekolah-sekolah negeri ini, beliau berkata, kementerian akan berusaha menyelesaikan masalah itu dengan segera.

Katanya, beliau memberi perhatian serius atas kelewatan itu yang menyaksikan hanya tiga daripada 250 makmal komputer yang dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini berjaya disiapkan setakat ini.

"Saya tidak gembira dengan situasi itu dan kita memandang serius perkara ini. Kita sedang mengatasi masalah ini," ujarnya.


Tarikh : 19/7/2010
Sumber : Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment