I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 30, 2010

Mendidik Jiwa Supaya Redha Sokmo

Mensyukuri nikmat dan sabar ketika ditimpa musibah pengukur darjat keimanan

FIRMAN Allah yang bermaksud:

“Allah maha berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” (Surah al-Mulk, ayat 1-2)

Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah. Bagi Allah segala-galanya adalah kebaikan untuk hamba-Nya.

Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar dan yakin dengan janji-janji Allah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar.” (Maksud al-Hadis)

Setiap detik kehidupan kita perlu meyakini bahawa kita berada dalam ujian Allah sehingga roh bercerai daripada badan.

Friday, March 26, 2010

PERHATIAN :JADUAL PENDAFTARAN & PRA-PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER HADAPAN

Assalamualaikum..

Kepada semua mahasiswa UPSI, bahagian akademik UPSI telah mengeluarkan jadual dan pra-pendaftaran kursus ijazah sarjana muda untuk semester akan datang. Diharap semua sahabat-sahabat sekalian membuat pendaftaran kursus sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak akademik supaya pendaftaran ini dapat berjalan dengan baik. Jadual giliran pendaftaran adalah seperti di bawah :

KATEGORI
PELAJAR

TARIKH

CATATAN

Pelajar Lama
- Bagi pelajar Semester 5,6,7,8,9,10,11,12

(Pra-Pendaftaran)

2 April 2010
hingga
6 April 2010

Sila Rujuk Jadual Pendaftaran dan Pra-pendaftaran Semester 1 Sesi 2010/2011 di fakulti/kolej kediaman masing-masing.

Pelajar Baharu Mulai Ambilan Julai 2008

  1. Bagi pelajar Semester 1, 2 ,3 & 4

(Pendaftaran Kursus)

Sem 4

7/4/2010 - 10/4/2010

Sem 3

11/4/2010 - 14/4/2010

Sem 1 &2

15/4/2010 -20/4/2010

Peringatan :

  • Pelajar perlu dapatkan Maklumat Jadual Kuliah Dalam Bentuk Cakerapadat (CD-R) di fakulti masing-masing. Pelajar juga perlu mendaftar kursus setelah memastikan kursus-kursus yang hendak didaftarkan Jadualnya tidak bertindih. Pelajar perlu menyusun sendiri jadual kuliah dan memilih kumpulan bagi kursus seperti yang dikeluarkan oleh Universiti. Pelajar juga perlu mendaftar mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) berdasarkan kepada semester pengajian masing-masing (rujuk kepada Jadual Pra-Pendaftaran dan Pendaftaran Kursus Semester 1 Sesi 2010/2011).
  • Pelajar tidak perlu lagi mengikut Pakej Semester semasa memilih kursus yang hendak didaftarkan. Walaubagaimanapun pelajar perlu memastikan kursus yang didaftarkan adalah mengikut Struktur Program Pengajian masing-masing.
  • Sebarang masalah dan pertanyaan sila rujuk fakulti masing-masing. Pendaftaran Kursus dan Pra-Pendaftaran Kursus ini akan dilakukan secara online sepenuhnya.
  • Sekiranya Pendaftaran Kursus dan Pra-Pendaftaran Kursus tidak dilakukan pada tarikh yang ditetapkan DENDA akan dikenakan sebanyak RM30/kursus + RM5 (tidak membuat Pendaftaran Kursus dan Pra-Pendaftaran Kursus).


Mohd Amin Bin Mat Sidik
Exco Akademik dan Kerjaya
MPP


'Mahasiswa Pendidik Cakna Kebajikan'

Friday, March 19, 2010

MALAM PUISI RIONG; MENAMPILKAN PENYAIR-PENYAIR TANAH AIR

Alhamdulillah, pesta konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris kali ke-12 sidang pertama yang berlangsung beberapa hari lepas berjalan dengan baik dan jayanya. Pesta konvokesyen pada kali ini mempunyai kelainan sedikit berbanding pesta-pesta yang diadakan sebelum ini. Ini kerana terdapat satu program yang berbentuk akademik dan hiburan yang bermanfaat iaitu Malam Puisi Riong yang bertemakan 'Puisi Gema Kemanusiaan' yang dianjurkan oleh berita harian dengan kerjasama Fakulti Bahasa dan Kesatuan Koperasi Guru-Guru Barat. Sememangnya program ini memberi nilai tambah dalam misi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk melahirkan pemimpin dan seorang intelektual yang memberi perhatian terhadap memupuk nilai kemanusiaan melalui sastera.










Malam puisi Riong ini dimeriahkan dengan beberapa orang artis dan penyair yang terkemuka di tanah air kita. Antara artis yang membuat persembahan pada malam puisi riong ini ialah Ramli Sarip dan Sabri Yunus. Manakala, penyair-penyair yang turut serta dalam menjayakan program ini ialah penerima Anugerah Penulisan Sea 2005, Abdul Ghafar Ibrahim (Agi), penerima Anugerah Penulisan Sea 2007, Prof Madya Rahman Shaari dan Ria Asmira. Selain itu, penyair-penyair yang terlibat juga terdiri daripada pensyarah UPSI seperti Prof Datuk Dr Rosli Saludin dengan teromba-nya, Dr Ani Omar (mestamu), Halim Ali (sajak) dan Prof Dr Bukhari Lubis (puisi Parsi). Kesemua penyair memberikan persembahan yang menarik dan mempunyai mesej-mesej yang baik untuk dihayati bersama. Sambutan para mahasiswa dan penduduk luar juga agak luar biasa pada malam tersebut. Semoga program yang berbentuk akademik yang bermanffat seperi ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.




Sabri Yunus bersama Ramli Sarip



Pak Farouk




Dato' Johan



Pak Agi bernada Serigala


Saturday, March 13, 2010

Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-12 Sidang Pertama

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, Universit i Pendidikan Sultan Idris dapat mengadakan Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-12 sidang pertama pada bulan Mac ini. Majlis Istiadat ini akan berlangsung bermula 16 - 17 Mac 2010. Majlis ini diadakan bagi menganugerahkan Ph. D dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kepada semua Mahasiswa/wi Kemasukan Disembar tahun 2005 dan yang telah berjaya menamatkan pengajian selama empat tahun di universiti pendidikan ini. Sekalung ucapan Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua senior yang akan menerima Ijazah nanti. Insyaallah, semoga kalian dapat menjadi seorang pendidik yang dapat membawa kebaikan kepada seluruh umat. Amiin.

Tentatif Majlis Istiada Konvokesyen

Sesi 1 (Pagi)
16 Mac 2010
Selasa PhD & Ijazah Sarjana
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Kejurulatihan) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Psikologi Sukan) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) dengan Kepujian

Sesi 2 (Petang)
16 Mac 2010
Selasa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Muzik) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kemahiran Hidup) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni Komunikasi Visual) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan dan Perdagangan) dengan Kepujian

Sesi 3 (Pagi)
17 Mac 2010
Rabu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian

Sesi 4 (Petang)
17 Mac 2010
Rabu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Rekabentuk Berkomputer) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian
Diploma Pendidikan (Sains Pertanian)
Diploma Pendidikan (Fizik)
Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam)
Diploma Pendidikan (Bahasa Cina)
Diploma Pendidikan (Menservis Automobil/Motosikal)

Mahasiswa Pendidik, Cakna Kebajikan

Mohd Amin Mat Sidik
Exco Akademik dan Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010
UPSI

Wednesday, March 10, 2010

Tokoh sastera Umar Junus meninggal dunia

KUALA LUMPUR 10 Mac – Bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) yang banyak menghasilkan beberapa buku ilmiah kesusasteraan, Profesor Dr. Umar Junus meninggal dunia akibat sesak nafas dan paru-paru berair malam tadi.

Allahyarham yang berusia 76 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.20 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini berikutan penyakit dialaminya sejak tiga tahun lalu.

Beliau yang mula membabitkan diri dalam bidang penulisan pernah menghasilkan buku-buku berbentuk ilmiah, antaranya bertajuk Perkembangan Puisi Melayu Moden, Sosiologi Sastera, Persoalan Teori dan Metode serta antologi esei Catatan Si Malin Kundang.

Menurut anaknya, Revina, 47, bapanya sempat meminta supaya dia menyiapkan manuskrip dalam bidang pendidikan yang sedang dihasilkan, selepas pemergiannya kelak.
“Beliau berpesan kepada saya, apabila manuskrip itu siap, ia perlu dicetak dan didermakan kepada mana-mana persatuan pendidikan,” katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri, Farina Salaha, 69, tiga orang anak dan tujuh cucu.
Sumber : Utusan Malaysia

Borang RE MPP Sesi 2009/2010..dapatkan sekarang di pjbt MPP

Assalamualaikum....

Adalah dimaklumkan, barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010 akan membuka permohonan pengambilan Rakan Exco MPP sesi 2009/2010 kepada semua mahasiswa/mahasiswi UPSI yang berminat.

Borang permohonan boleh didapati seperti berikut:

Tarikh : 8 ? 19 Mac 2010
Masa : 9:00 pagi hingga 5:00 petang
Lokasi : Bilik MPP di Bitarasiswa

Tarikh akhir penghantaran borang permohonan adalah pada 19 Mac 2010 (sebelum atau pada jam 5:00 petang) dan sesi temuduga pemilihan akan bermula dari 22 Mac 2010 (Isnin).

Mahasiswa Pendidik, Cakna Kebajikan.

Tuesday, March 9, 2010

Borang Rakan Study Islam dan Borang Pusat Khidmat Pelajar

Assalamualaikum..

Kepada semua mahasiswa UPSI, untuk pengetahuan semua pusat Islam dengan kerjasama Exco Akademik dan Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 akan mewujudkan Rakan Study Islam dan Pusat Khidmat Pelajar yang akan bermula pada semester ini. Syarat-syarat untuk memohon adalah seperti di bawah :

Rakan Study Islam
Syarat-Syarat keahlian :
  • Pelajar UPSI beragama Islam
  • Memperolehi PNGK 3.7 dan ke atas

Keistimewaan yang ditawarkan :

  • Mengikuti Program pembangunan akademik dan motivasi
  • Keahlian Pusat Khidmat Pelajar

Pusat Khidmat Pelajar

Syarat-Syarat Keahlian :

  • Pelajar UPSI beragama Islam
  • memperolehi PNGK 3.7 dan ke atas ATAU
  • Memperolehi PNGK bawah 3.7 dan pendapatan keluarga bawah RM 1000.00

Perkhidmatan yang Disediakan ( Percuma ) :

  • Printing
  • Kertas A4 ( Putih & Warna )
  • Binding
  • Plastik Cover

Borang keahlian boleh diambil di Bilik MPP dan Pusat Islam dan tarikh tutup permohonan pada 15 Mac 2010. Dapatkan Sekarang!!!

Mohd Amin Bin Mat Sidik

Exco Akademik dan Kerjaya

Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sesi 2009/2010

Wednesday, March 3, 2010

Masalah Sosial Pelajar. Di mana Silapnya?

Cerita tentang pelajar sekolah melakukan perbuatan tidak bermoral terutama bercunbu-cumbuan dengan temam lelaki bukan satu cerita yang anih. Malah sudah ramai pelajar perempuan di sekolah menengah mahupun di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang sudah mengadakan hubungan seks dan akhirnya mengandung anak luar nikah.

Apa hendak jadi dengan pelajar kita sekarang ini, nafsu mengatasi segala galanya. Mereka tidak takut pada dosa. Mereka tidak dengar nasihat ibubapa lagi. Bagi mereka teman lelakinya adalah segala galanya. Oleh kerana sejambak budi tergadai `body'. Sudah terlanjur baru hendak terngadah, bila nasi sudah menjadi bubur, perut sudah mula membuncit, apa hendak dikata, salah sendiri.

Baru-baru ini cerita seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun di Hulu Terangganu yang melakukan hubungan seks lebih 20 kali sejak November tahun lalu dengan teman lelakinya, bekas penagih dadah mengundang padah apabila dia kini disahkan mengandung 12 minggu. Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Sipol, tampil membuat laporan polis mengatakan dia dirogol pada 27 Februari lalu oleh teman lelakinya berumur 27 tahun, yang juga Orang Kena Perhatian (OKP) oleh Agensi Anti-dadah Kebangsaan (AADK).

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah berdasarkan laporan, mangsa keluar rumah Sabtu lalu, kira-kira jam 11 malam untuk berjumpa teman lelakinya di Kampung Kepah dan pertemuan itu menyebabkan dia dirogol sebanyak dua kali. Kejadian itu diketahui ibu mangsa kira-kira jam 11.30 pagi keesokan harinya (Ahad) yang kemudian memaksanya mangsa ke balai polis untuk membuat laporan. Namun, hasil siasatan awal mendapati mangsa sebenarnya telah melakukan hubungan seks secara sukarela lebih 20 kali.

Ini semua berkisar kepada soal cinta, jatuh cinta, betul lah kata orang tua tua, bila jatuh cinta tak kenal botol kicap dan botol cuka. Bila hati sudah sayang, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Cinta memerlukan pengorbanan, kerana itu mereka sanggup korbankan 'body' dan maruah demi cinta sejati.

Pelajar perempuan terlalu mudah terjerumus, di samping mereka mungkin juga terpengaruh dengan filem-filem yang menonjolkan adegan yang tidak sepatutnya. Ibu bapa tidak harus dipersalahkan 100 peratus kerana masa pelajar ini lebih banyak di luar dari di rumah. Macam mana ibubapa hendak mengawal sedangkan pengaruh di luar lebih mengatasi pengaruh ibu bapa. Mereka lebih mendengar kata-kata kawan rapat atau kekasih mereka dari ibu bapa mereka sendiri. Kalau hati sudah suka, ke mana pun mereka sanggup pergi.

Inilah padahnya bila sudah terlalu sayang kepada teman lelaki, mereka sanggup tinggalkan ibu bapa. Tidak sekadar ini, mereka sanggup melakukan penzinaan atas dasar suka sama suka. Mereka kata suka sama suka tak apa, tetapi bila perut sudah membuncit baru tahu apa akibatnya.Didikan agama dari awal penting dalam menghindari perkara jijik begini, tetapi didikan agama juga tidak mampu mencegah perkara ini jika faktor faktor luaran tidak dikawal.

Kerajaan perlu memastikan suasana di luar tidak mengundang kepada gejala maksiat, program-program yang mungkar perlu disekat, pergaulan bebas lelaki dan perempuan juga perlu dikawal, melalui pergaulan bebas lelaki dan perempuan inilah yang akan mendorong kepada gejala maksiat.

Cabaran Buat Semua Pendidik dalam menangani masalah yang serius ini. Sama-sama kita berdoa agar generasi sekarang akan menjadi seorang insan yang baik akhlak dan tingkahlaku. Semoga sukses semua. amiin.

Keratan Akhbar

Monday, March 1, 2010

Maulidur-Rasul: Amalkan setiap hari dan sepanjang tahun


Firman Allah SWT:“...dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Hasyr 59:7)


Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan meneruskan hidup sebagai khalifah-Nya di bumi ini. Seterusnya diberikan pula kesempatan untuk menyambut Maulidur-Rasul bagi tahun 1431H pada kali ini.Allah SWT mengutus para nabi dengan tujuan untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada-Nya. Para nabi tidak diutus semata-mata untuk mengajar manusia membangunkan bumi ini semata-mata, tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana menyelamatkan diri di akhirat kelak.Di atas dasar itulah, para nabi termasuklah Nabi Muhammad saw diutus oleh Allah SWT. Lantaran itu, kebangkitan Rasulullah saw adalah untuk memastikan umat manusia hidup di dalam dakapan hidayah berpaksikan kepada keimanan dan ketakwaan.


Sehubungan dengan itu, sambutan Maulidur-Rasul tidak boleh hanya sekadar memperingati tarikh lahir baginda semata-mata, ia tidak boleh terhenti setakat perayaan dan majlis-majlis keramaian sahaja. Lebih jauh lagi, ia perlu diiringi dengan kehendak untuk mematuhi sunnah Rasulullah saw.


Semangat Maulidur-Rasul tidak boleh hanya hidup pada bulan ini sahaja, tetapi ia perlu untuk terus hidup setiap hari dan sepanjang tahun.Ia tidak boleh disambut dengan perarakan yang besar dan hebat semata-mata dengan menepikan hasrat sebenar dari kebangkitan Rasulullah saw iaitu mengajak manusia beriman dan melaksanakan perintah Allah SWT.


Bagi pihak kerajaan negeri Kelantan, di bawah dasar Membangun Bersama Islam, kami akan terus komited dengan usaha dan hasrat melaksanakan syariat Islam di dalam pentadbiran.Dalam hal ini, Rasulullah saw yang juga sebagai seorang pemimpin akan dijadikan sebagai model ikutan yang terbaik di dalam mengurus tadbir negeri.


Itulah misi kerajaan negeri Kelantan di dalam mentadbir amanah yang diberikan oleh rakyat dengan izin Allah SWT ini.Semoga Allah SWT memberikan kita ganjaran di atas segala amalan kebaikan yang kita lakukan. Salam Maulidur-Rasul 1431H.


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Mursyidul Am PAS.