I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 14, 2010

Foyer KAB - Pelajar Terpaksa Beratur Panjang Untuk Menaiki Bas





Sebermulanya kuliah pada semester 1 sesi 2010/2011, wujud satu masalah yang sering kali berlaku apabila hendak ke kuliah di waktu pagi. Pada kali ini, masalah ini semakin membimbangkan apabila berlaku perubahan kuliah daripada taman U ke Proton City (PC). Perubahan ini telah menyebabkan bas yang sedia ada terpaksa dipecahkan kepada dua iaitu ke kampus dan juga ke PC di mana sebelum ini bas hanya bergerak ke kampus. Keadaan ini juga berlaku di kolej KHAR dan KUO.

Sepanjang melihat pesta menunggu bas untuk ke kuliah sejak hari pertama kuliah hingga ke hari ini, keadaan pelajar yang beratur di foyer KAB untuk menaiki bas sama sahaja bahkan semakin hari semakin teruk. Keadaan ini amat membimbangkan apabila para pelajar terpaksa beratur panjang sehingga ke pondok jaga. Mengikut perkiraan saya, situasi ini tidak lagi berlaku sepanjang saya berada di kolej Za'ba. Inilah kali pertama saya melihat keadaan yang amat getir sehinggakan bagai nak pecah kepala ini memikirkannya selaku wakil mahasiswa/wi di UPSI. Baru bagai nak pecah,tak pecah pun lagi.hahaha. Pepun keadaan ini perlu ditangani segera supaya para pelajar dapat ke kuliah dengan selesa tanpa perlu menunggu terlalu lama hingga ada yang terlewat ke kuliah.



Apabila membuat pemerhatian sepanjang tiga hari ini, permasalahan ini wujud adalah berpunca daripada kekurangan bas terutamanya bas untuk ke kampus. Pabila bas kurang ditambah pula dengan jarak perjalanan bas yang agak jauh menyebabkan para pelajar lewat ke kelas gara-gara menunggu bas yang lama untuk membuat pusingan. Walau apapun, saya amat respek dan kagum kepada semua mahasiswa UPSI terutamanya pelajar baru yang begitu bersemangat untuk ke kuliah hinggakan ada yang turun seawal jam 6.45 pagi. Teruskan momentum seperti ini sehinggalah anda bergelar seorang guru kelak.



Untuk pemasalahan ini,kami barisan Majlis Perwakilan Pelajar bersama pemimpin-pemimpin di peringkat kolej akan cuba sedaya mungkin untuk menyelesaikannya demi keselesaan kita bersama. Mahasiswa Pendidik Cakna Kebajikan.

No comments:

Post a Comment