Assalamualaikum..
Kepada semua mahasiswa UPSI, bahagian akademik UPSI telah mengeluarkan jadual dan pra-pendaftaran kursus ijazah sarjana muda untuk semester akan datang. Diharap semua sahabat-sahabat sekalian membuat pendaftaran kursus sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak akademik supaya pendaftaran ini dapat berjalan dengan baik. Jadual giliran pendaftaran adalah seperti di bawah :
| TARIKH | CATATAN | |
Pelajar Lama (Pra-Pendaftaran) | 2 April 2010 | Sila Rujuk Jadual Pendaftaran dan Pra-pendaftaran Semester 1 Sesi 2010/2011 di fakulti/kolej kediaman masing-masing. | |
Pelajar Baharu Mulai Ambilan Julai 2008
(Pendaftaran Kursus) | Sem 4 | 7/4/2010 - 10/4/2010 | |
Sem 3 | 11/4/2010 - 14/4/2010 | ||
Sem 1 &2 | 15/4/2010 -20/4/2010 |
Peringatan :
- Pelajar perlu dapatkan Maklumat Jadual Kuliah Dalam Bentuk Cakerapadat (CD-R) di fakulti masing-masing. Pelajar juga perlu mendaftar kursus setelah memastikan kursus-kursus yang hendak didaftarkan Jadualnya tidak bertindih. Pelajar perlu menyusun sendiri jadual kuliah dan memilih kumpulan bagi kursus seperti yang dikeluarkan oleh Universiti. Pelajar juga perlu mendaftar mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) berdasarkan kepada semester pengajian masing-masing (rujuk kepada Jadual Pra-Pendaftaran dan Pendaftaran Kursus Semester 1 Sesi 2010/2011).
- Pelajar tidak perlu lagi mengikut Pakej Semester semasa memilih kursus yang hendak didaftarkan. Walaubagaimanapun pelajar perlu memastikan kursus yang didaftarkan adalah mengikut Struktur Program Pengajian masing-masing.
- Sebarang masalah dan pertanyaan sila rujuk fakulti masing-masing. Pendaftaran Kursus dan Pra-Pendaftaran Kursus ini akan dilakukan secara online sepenuhnya.
- Sekiranya Pendaftaran Kursus dan Pra-Pendaftaran Kursus tidak dilakukan pada tarikh yang ditetapkan DENDA akan dikenakan sebanyak RM30/kursus + RM5 (tidak membuat Pendaftaran Kursus dan Pra-Pendaftaran Kursus).
Mohd Amin Bin Mat Sidik
Exco Akademik dan Kerjaya
MPP
'Mahasiswa Pendidik Cakna Kebajikan'
No comments:
Post a Comment