I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, April 28, 2010

Siapa Aku Di Depan Tuhanku?


Siapa Aku Di Depan Tuhanku?
www.iluvislam.com

Bismilahirramanirrahim...

Sedakar perkongsian bersama,semoga mendapat manfaat...



SUBUHNYA...
Dimana ku berada,
Masih enak di dalam kelambu rindu,
Sambil berfoya-foya dgn waktu,
Masa bagaikan menderu,
Langkah tiada arah tuju,
Fikiran terus bercelaru,
Terlupa ku semakin dihujung waktu,
Siapa aku didepan TUHANKU?

ZOHORNYA...
Aku lebih memikirkan kelaparan, kehausan dan rehatku,
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku,
Aku bertolak ansur dengan waktu,
Aku terlupa betapa besar kerugian,
Jika kumenggadaikan sebuah ketaatan,
Siapa aku didepan TUHANKU?

ASARNYA...
Aku lupa warna masa,
Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak,
Aku masih dengan secawan kopi,
Terlalu panas tak dihujung kepala,
Aku masih bercerita,
Tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka,
Siapa aku di depan TUHANKU?

MAGHRIBNYA...
Aku melihat warna malam,
Tapi aku masih berlegar disebalik tabirnya,
Mencari sisa-sisa keseronokan,
Tidak terasa ruang masa yang singkat,
Jalan yang bertingkat-tingkat,
Siapa aku di depan TUHANKU?

ISYA'NYA...
Kerana masanya yang panjang,
Aku membiarkan penat menghimpit dadaku,
Aku membiarkan kelesuan mengganguku,
Aku rela terlena sambil menarik selimut biru,
Bercumbu-cumbu dengan waktuku,
Siapa aku di depan TUHANKU?

Kini aku menjadi tertanya-tanya,
Sampai bila ku melambatkan sujudku,
Apabila azan berkumandang lagi,
Aku tidak akan membiarkan Masjid sepi,
Kerana dihujung hidup ada mati,
Bagaimana jenazah dibawa solat disini,
Jika ruangku dibiar kosong,
Jika wajahku menjadi asing,

Pada mentari dan bintang-bintang...



Saturday, April 24, 2010

Hari Terakhir- diari Hulu Selangor

24 april 2010( Sabtu)

Apakah yang berlaku hari ini di Hulu Selangor? Petikan kata, acara yang dirancang dan insiden yang tidak dijangkakan di kawasan parlimen P 094.

8.00am:
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Pasar Tani Ulu Bernam, Tanjung Malim

9.00am: Program sarapan 1Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Padang Kg Gumut Tambahan, Kalumpang

9.30am: Najib berucap kepada jentera pilihan raya BN dan juga masyarkat setempat.

"Apa relevannya Apco bagi penduduk Hulu Selangor," katanya.

"Lihat sumbangan kita sejak dulu...Sejak beberapa hali lalu BN juga berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda dan juga penduduk kampung”.

Kata
nya, Kamalanathan adalah produk yang baik dan BN telah menyemak latar belakangnya dengan teliti sebelum membuat pencalonan.

"Saya sudah check depan dan belakang, sampai seluar dalam. Kita tak nak orang yang suka enjoy ... Kita nak orang yang bekerja,"kata Najib.

9:00am: Sarapan dengan Anwar di Markas Besar, DUN Ulu Bernam

9.30am: Perhimpunan peneroka Felda settlers dengan Musyirdul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Felda Kebangsaan ke-2, Sungai Tengi.

10.01am: Lebih 20 mat rempit yang memakai kemeja- T 1Malaysia merempuh program Pakatan Rakyat di Felda Sg Tengi. Mereka membuat bising sambil membunyikan hon bagi menggangu kempen pembangkang. Penyokong PAS membalas dengan bertakbir "Allahu Akbar!"

10.30am: Anwar minum pagi bersama penduduk di Kg Asam Kumbang, Kuala Kubu Baru

10.45am
: Najib bermesra dengan masyarakat setempat di Kg Baru Cina, Kuala Kubu Baru
11.00am: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri 'Majlis Mesra bersama rakyat dan peseta Felcra' di Ampang Pecah.

Pada majlis tersebut Felda menyampaikan lebihan dividen kepada 11,640 di seluruh negara.

Sementara dividen untuk beberapa pihak di Hulu Selangor turut diberikan kepada peserta Felcra. Untuk kawasan Lembah Bernam, sejumlah RM675,615 diedarkan di zon Sungai Pagi dan RM188,810 di Serian.
Seb
anyak 248,091 pula diedarkan di zon Beruntung, Sungai Choh.
Manakala Jabatan Hal Ehwan Orang Asli (JHEOA) pula menerima sebanyak RM107,866.

Terdahulu, dalam ucapannya Muhyiddin berkata, program berkenaan bukanlan untuk berkempen kerana peserta Felda "101 peratus sentiasa menyokong BN".

12.30pm: Najib melawat Kampung Baru Rasa

Najib mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan akan membantu keluarga Yeow Mor Chat, 77, yang terpaksa melunaskan bayaran perubatan yang tinggi bagi rawatan penyakit buah pinggangnya.

Selain itu, Perdana Menteri juga berkata kerajaan akan memperbaiki rumah keluarga itu dan membeli empat mesin hemodialisis untuk ditempatkan di kampung itu bagi rawatan 16 pesakit di sana.

Dalam lawatan itu juga, Najib mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan akan memperuntukkan RM15,000 sebulan atau RM180,000 setahun sebagai bantuan kebajikan kepada 53 keluarga di Kampung Assam Kumbang.

1.30pm: Najib

ke Kg Bukit Rasa, Surau Taufiqiah, Kg Bukit Rasa

Selepas melawat Kampung Assam Kumbang, Perdana Menteri melakukan tinjauan mesra di Pasar Awam di bandar Kuala Kubu Baharu, bertemu dengan masyarakat di sana sebelum melawat ke Pusat Media yang diwujudkan oleh Jabatan Penerangan.

Najib turut beramah mesra dengan penyunting video Malaysiakini di pusat media itu, Ng Kok Fong (atas, berbaju gelap).

Perdana Menteri melihat semula rakaman videonya semasa berkempen di Assam Kumbang dan meluangkan masa kira-kira sepuluh minit untuk bertanyakan kepada Malaysiakini mengenai sentimen pengundi dan peluang BN.

Kok Fong memberitahu Najib, berdasarkan pengamatannya, keputusan agak tipis dan majoriti tidak akan melebihi 2,000 undi.

Najib tersenyum apabila diberitahu bahawa masyarakat Cina kini mula menerima BN berbanding pilihan raya umum 2008, walaupun kebanyakan mereka masih penyokong Pakatan Rakyat.

Turut bersama pada lawatan itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

2.30pm: Nik Aziz berjumpa dengan pengundi India di Kalumpang

3.00 pm: Najib melawat Kg Baru Kalumpang

4.00pm: kira-kira 20 orang membawa bendera PKR menyerbu ke SJKT Kuala Kubu Baru ketika Timbalan Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe sedang berucap.

Mereka melaungkan slogan "Keluar BN keluar".

Berlaku pertengkaran antara kumpulan tersebut dan penganjur program seminar kepenggunaan nasional itu.

4.20pm: Najib di Masjid Kalumpang

5.00pm: Nik Aziz berjumpa dengan pengundi berketurunan Kelantan di Dewan Datuk Abdul Hamid, Batang Kali

5.00pm: Minum petang Anwar dengan penduduk di Taman Rasa Kuala Kubu Baru

5.00 pm: Najib melawat Kg Hulu Bernam

7.00pm: Anwar berjumpa masyarakat India di Taman Koskan

8.00p
m: Anwar, Nik Aziz makan malam bersama masyarakat Cina di Pusat Komuniti Serendah

9.00pm Anwar berceramah di Bukit Beruntung

9.00pm: Ceramah Perdana di Stadium Mini Kuala Kubu Baru oleh Anwar, Nik Aziz, Lim Kit Siang, Zaid Ibrahim

9.15pm: Hampir 10,000 orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa berkumpul di Stadium Mini Kuala Kubu Baru. Setakat ini antara pemimpin Pakatan Rakyat yang sudah tiba termasuk Azmin Ali, Syed Husin Ali dan Tian Chua

Bekas MP Hulu Selangor, SS Subramaniam dari MIC juga kelihatan di atas pentas.

9.00pm: Najib hadiri program 1Malaysia dengan tema 'Legasi dan Harapan Bangsa' di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung

9.22pm: Lebih 2,000 orang berhimpun di Taman Bunga Raya. Keadaan begitu sesak dan penganjur terpaksa memasang dua skrin besar bagi memudahkan orang ramai melihat apa yang berlaku.

Selain Najib dan isterinya, Rosmah, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga hadir.

Menyertai mereka ialah bekas bendahari PKR Hulu selangor, Dr Halili Rahmat dan calon BN, P Kamalanathan.

10.36pm Najib berucap dengan membidas Anwar dan pembangkang.

"Politics ketandusan moral ini cukupla... Enough is enough.

"Dia (Anwar) cabar saya berdebat dengannya..., buat apa debat dengan saya, buat perabihkan beras saja. Saya cadang dia berdebat dengan Saiful," sindir Najib sambil disambut gelak ketawa hadirin.

"Saya kenal Saiful pun tidak. Siapa yang pilih Saiful? Siapa lantik dia sebagai pegawai khas?

"Saiful itu jambu. Lepas itu dia kata Saiful ini tea boy saja? Tapi bawa ke Bangkok, bawa ke Singapura.

"Duduk di interconnecting room.

Najib juga secara sinis menyindir Anwar dengan mempertikaikan keistimewaan teh yang dibuat oleh Saiful.

"Ada juga jambu dalam pejabat saya. Tapi semuanya selamat di pejabat saya. Boleh check

"Saya tak serang peribadi, saya tidak akan cerita di khalayak ramai. Kalau nak tahu detail boleh jumpa saya.

"Yang lain semua censor... Kalau nak tahu tunggu masa," kata Najib.

Petikan Akhbar Harakah Daily
25/4/2010

Thursday, April 15, 2010

Parlimen Mahasiswa Di Semua IPTA

Parlimen Mahasiswa selepas perlembagaan universiti dipinda

PULAU PINANG, 14 April — Pembentukan Parlimen Mahasiswa hanya dapat dilaksanakan selepas kerajaan mewartakan pindaan perlembagaan universiti awam di negara ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata proses pindaan perlembagaan yang melibatkan 18 universiti awam itu kini pada peringkat akhir.

“Untuk mewujudkan Parlimen Mahasiswa, kita perlu menunggu penggazetan pindaan perlembagaan universiti. Perkara ini kini berada pada peringkat Peguam Negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan sedang dalam proses meminda perlembagaan university awam supaya ia selaras dengan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).

Pada 7 Jan lepas, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM, Mohamad Shafiq Abdul telah menyerahkan kertas cadangan kerangka penubuhan Parlimen Mahasiswa kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk dipertimbangkan.

Penubuhan Parlimen Mahasiswa itu dicadangkan oleh golongan mahasiswa yang mahu satu saluran bagi menyuarakan pandangan dan pendapat mereka.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled menasihati golongan mahasiswa supaya tidak terlibat berkempen pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

“Kita akan memantau supaya golongan mahasiswa tidak turut serta dalam kempen pilihan raya itu,” katanya. — Bernama

Berita harian, 15 April 2010

Saturday, April 10, 2010

Piala FA 2010- Milik N.Sembilan



NEGERI Sembilan muncul juara Piala FA 2010 selepas menewaskan Kedah 5-4 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Begitupun, kemenangan tersebut diraih menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan masa tambahan.

Penjaga gol Negeri Sembilan, Sani Anuar Kamsani tampil sebagai wira apabila berjaya menyelamatkan sepakan terakhir pemain Kedah, Mohd. Sabre Mat Abu untuk membolehkan pasukannya menjuarai Piala FA buat kali kedua selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2003.

Ternyata semangat tidak berputus asa yang dipamerkan pemain-pemain Negeri Sembilan sepanjang perlawanan tersebut berbaloi walaupun pada suatu ketika ketinggalan 0-1 namun berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan.

Dengan kombinasi pemain berpengalaman dan pemain muda, skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu mudah menyerap segala tekanan untuk mengekang serangan yang dilakukan oleh Kedah.

Bagaimanapun, Kedah yang dibarisi rata-rata pemain muda membuka tirai jaringan menerusi Badrol Bakhtiar yang melambung cantik bola hasil gerakan satu dua dengan Mohd. Fadly Baharum sekali gus menewaskan penjaga gawang Negeri Sembilan yang dikawal oleh Sani Anuar pada minit ke-27.

Negeri Sembilan yang tersentak dengan gol pendahuluan Kedah kembali memperkemaskan jentera serangan mereka dan gerakan solo Mohd. Shaffik Rahman berjaya menghadiahkan gol penyamaan buat pasukannya pada minit ke-39 untuk mengikat keputusan seri 1-1 sehingga tamat babak pertama.

Ketumpulan bahagian serangan Negeri Sembilan yang diterajui Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak agak ketara dan beberapa peluang untuk menambah jaringan dipersia-siakan.

Sebaik babak kedua bersambung, kedua-dua pasukan tampil lebih agresif tetapi tetap gagal untuk menggegar gawang.

Kedudukan seri 1-1 kekal sehingga memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Begitupun, aksi pada masa tambahan ternyata penuh mendebarkan dengan percubaan-percubaan berbahaya yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Namun, kekentalan barisan pertahanan baik Negeri Sembilan mahupun Kedah berjaya mengekang segala asakan dan menyaksikan jentera serangan kedua-dua pasukan masih gagal untuk memperoleh gol kemenangan.

Pada penentuan sepakan penalti, Negeri Sembilan lebih bernasib baik kerana berjaya menyempurnakannya sebaik mungkin sekali gus tampil sebagai juara Piala FA edisi ke-21 ini.

Oleh HELMI TALKAH
sukan@kosmo.com.my


Tip-Tip Peperiksaan

Assalamualaikum..

Peperiksaan akhir bagi semester ini akan kita hadapi tidak lama lagi. Justeru itu kami mahasiswa pendidik mengucapkan selamat mengulangkaji pelajaran dan semoga sukses dalam setiap peperiksaan yang akan ditempuhi kelak. Dalam tempoh minggu mengulangkaji ini, gunakanlah dengan sebaik mungkin masa yang ada, jagalah kesihatan dan jangan lupa minta restu mak ayah serta berdoalah pada yang Esa
. Insyaallah dengan usaha yang dilakukan akan beroleh kejayaan!!!

Sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan, di sini terdapat beberapa tips yang boleh digunakan sebagai panduan buat kita semua.




SENARAI SEMAK PERSEDIAAN AWAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Memastikan tindakan berikut telah dilaksanakan:
1. Merekodkan tarikh, masa dan tempat bagi setiap ujian atau peperiksaan di atas kalendar pengurusan masa.
2. Mempunyai nota yang teratur dan lengkap.
3. Memberi tumpuan kepada subjek yang penting dan lemah.
4. Mengatur masa belajar secara sistematik dan mematuhinya.
5. Membuat senarai semak subjek mengikuti tajuk untuk ulangkaji
6. Membuat latihan berpandukan soalan peperiksaan/ ulangkaji:

Kenalpasti soalan
Jawab ikut masa sebenar
Semak jawapan
Kenalpasti kekuatan/kelemahan


PERSEDIAAN MINGGU-MINGGU TERAKHIR MENGHADAPI PEPERIKSAAN

• Ulangkaji berterusan (Secara kumpulan / individu = Aktiviti perbincangan )
• Pelajar harus menjaga kesihatan:
Riadah yang minima
Makanan yang seimbang
Tidur yang cukup
Emosi yang stabil

• Motivasi – ingin berjaya dengan cemerlang
• Berdoa – penerang hati
• Sembahyang hajat


PERSEDIAAN SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN

1. Bertenang (emosi yang stabil)
2. Lihat nota – bukan buku teks
3. Jadual peperiksaan – tandakan
4. Kad pengenalan – pastikan ada
5. Alat tulis – pastikan lengkap
6. Sembahyang hajat – mohon pertolongan Allah
7. Sokongan moral dari keluarga
8. Persediaan mental yang mantap
9. Tidur yang cukup


PERSEDIAAN PADA AWAL HARI PEPERIKSAAN

1. Bangun awal pagi dan SOLAT SUBUH
2. Sarapan seimbang
3. Pastikan maklumat peperiksaan lengkap
4. Datang awal ke dewan peperiksaan
5. Tiada lagi perbincangan tentang pelajaran
6. Doa – mohon ketenangan dan kejayaan
7. Masuk ke dewan dengan berdisiplin dan tenang


PERSEDIAAN DI DALAM DEWAN PEPERIKSAAN

• Berdoa – mohon ketenangan dan keyakinan
• Dengar arahan Ketua Pengawas dengan teliti
• Baca semua soalan sepintas lalu
• Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu
• Pastikan jawapan yang anda pilih
• Cetuskan idea-idea penting sebagai jawapan
• Catat idea pada kertas soalan
• Sentiasa semak baki masa yang ada
• Semak jawapan anda. Jawapan mesti tepat dan padat serta tersusun dan kemas
• Jika tertekan : (Stress) – istighfar, tarik nafas, bertenang, bayangkan suasana yang nyaman.
• Jika masih tertekan, minta bantuan pengawas peperiksaan


PERSEDIAAN SELEPAS MENJAWAB PEPERIKSAAN

1. Elakkan berbincang tentang jawapan
2. Balik dengan senang hati. Jangan fikirkan apa yang telah anda jawab
3. Ulangkaji matapelajaran seterusnya
4. Tunaikan solat DAN terus berdoa
5. Bertawakkal
'Mahasiswa Pendidik'

Friday, April 9, 2010

Majlis Pelantikan Rakan Exco Majlis Perwakilan Pelajar 09/10


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaan-Nya dapat kita adakan majlis watikah pelantikan rakan exco bagi semua Exco Majlis Perwakilan Pelajar untuk sesi 2009/2010. Watikah pelantikan ini telah diadakan pada 7 april 2009 di bilik seminar bitara siswa. Majlis ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula jam 8.30 malam hingga jam 10.00 malam. Seramai 250 orang yang terpilih dan secara rasminya dilantik menjadi rakan exco bagi Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2009/2010. Watikah pelantikan ini telah disempurnakan oleh Encik Faizi bin Othman iaitu Timbalan Pendaftar Kanan, JHEPA.

Majlis ini berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang telah disusun. Tahniah diucapkan kepada semua rakan exco yang terpilih dan diharapkan kalian semua dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan baik serta istiqamah. Tidak lupa juga sekalung tahniah kepada Rakan Exco Akademik dan Kerjaya yang terpilih untuk sama-sama berpadu tenaga dengan saya dan balaganesh dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan akademik dan kerjaya di bumi UPSI ini. Semoga kita dapat berganting bahu, tenaga dan idea dalam membawa menjaga kebajikan mahasiswa-mahasiswi UPSI khususnya. Insyaallah.


Sebahagian Rakan Exco Akademik dan Kerjaya








Wednesday, April 7, 2010

Isu Bas dan Kuliah Di Proton City

Assalamualaikum...

Ramai yang tertanya-tanya..
Kuliah di Proton City!!!!Jauhnya....

Saya rasa semua sedia maklum bahawa pada semester hadapan terdapat beberapa fakulti yang akan berkuliah di proton city iaitu fakulti sains saosial dan kemanusiaan serta fakulti bahasa. Saya yakin bahawa keadaan ini telah menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan semua mahasiswa yang terlibat dengan kuliah di proton city pada semester hadapan. Walaupun ia bermula pada semester hadapan tetapi terdapat banyak persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat-sahabat tentang perubahan tempat kuliah ini. Antara persoalannya ialah bagaimana jadual pengangkutan bas untuk ke sana, bagaimana keadaan kuliah di proton city dan sebagainya. Persoalan ini ditimbulkan oleh mahasiswa yang menginap di kolej Khar, Kuo dan Uklk terutamanya disebabkan jarak yang begitu jauh untuk ke sana. Persoalan ini akan sentiasa bermain di fikiran mahasiswa selagi mana tidak dikeluarkan kenyataan yang jelas mengenai hal ini.

Untuk pengetahuan semua, saya dan beberapa orang sahabat MPP telah berjumpa dengan pihak akademik dan bahagian hal ehwal pelajar untuk mendapat penjelasan berkaitan hal ini. Namun, mereka menyuruh kita bersabar dan kenyataan serta jadual pengangkutan bas akan dikeluarkan kelak. Walau bagaimanapun, kami akan cuba sedaya mungkin untuk mendapatkan penjelasan yang terperinci mengenai isu bas dan kuliah di proton city ini. Saya dan rakan-rakan MPP lain mengharapkan supaya mereka yang terlibat dengan kuliah di proton city bersabar dan insyaallah kami akan memastikan maklumat berkaitan isu ini akan kami dapatkan dalam masa yang terdekat ini. Kami akan sampaikan maklumat ini dari semasa ke semasa. Kita mengharapkan isu ini dapat diperjelaskan oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk keselesaan kita bersama.