I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, March 19, 2010

MALAM PUISI RIONG; MENAMPILKAN PENYAIR-PENYAIR TANAH AIR

Alhamdulillah, pesta konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris kali ke-12 sidang pertama yang berlangsung beberapa hari lepas berjalan dengan baik dan jayanya. Pesta konvokesyen pada kali ini mempunyai kelainan sedikit berbanding pesta-pesta yang diadakan sebelum ini. Ini kerana terdapat satu program yang berbentuk akademik dan hiburan yang bermanfaat iaitu Malam Puisi Riong yang bertemakan 'Puisi Gema Kemanusiaan' yang dianjurkan oleh berita harian dengan kerjasama Fakulti Bahasa dan Kesatuan Koperasi Guru-Guru Barat. Sememangnya program ini memberi nilai tambah dalam misi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk melahirkan pemimpin dan seorang intelektual yang memberi perhatian terhadap memupuk nilai kemanusiaan melalui sastera.










Malam puisi Riong ini dimeriahkan dengan beberapa orang artis dan penyair yang terkemuka di tanah air kita. Antara artis yang membuat persembahan pada malam puisi riong ini ialah Ramli Sarip dan Sabri Yunus. Manakala, penyair-penyair yang turut serta dalam menjayakan program ini ialah penerima Anugerah Penulisan Sea 2005, Abdul Ghafar Ibrahim (Agi), penerima Anugerah Penulisan Sea 2007, Prof Madya Rahman Shaari dan Ria Asmira. Selain itu, penyair-penyair yang terlibat juga terdiri daripada pensyarah UPSI seperti Prof Datuk Dr Rosli Saludin dengan teromba-nya, Dr Ani Omar (mestamu), Halim Ali (sajak) dan Prof Dr Bukhari Lubis (puisi Parsi). Kesemua penyair memberikan persembahan yang menarik dan mempunyai mesej-mesej yang baik untuk dihayati bersama. Sambutan para mahasiswa dan penduduk luar juga agak luar biasa pada malam tersebut. Semoga program yang berbentuk akademik yang bermanffat seperi ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.




Sabri Yunus bersama Ramli Sarip



Pak Farouk




Dato' Johan



Pak Agi bernada Serigala


No comments:

Post a Comment