I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 28, 2010

Kemenangan Yang Bermakna buat Mahasiswa Pendidik









Assalamualaikum....

Alhamdulillah, pertama sekali dan selama-lamanya marilah kita merafakkan kesyukuran kepada Ilahi kerana masih diberi dua nikmat yang besar yakni nikmat Islam dan nikmat iman. Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang telah memberikan seluruh kehidupan Baginda untuk meninggi dan memperkasakan agama Allah serta para sahabat Nabi SAW dan orang yang mengikut jejak langkah mereka sepanjang zaman.


Setelah seminggu tempoh berkempen pilihanraya kampus di UPSI berlalu, maka sampailah detik yang dinantikan iaitu hari pengundian pada 28 Januari 2010. Proses pengundian berjalan dengan lancar dan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Pada Pilihanraya Kampus kali ke-12 ini, seramai 7 orang Mahasiswa Pendidik bertanding untuk merebut Ahli Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2009/2010. Tepat jam 5.10 petang, keputusan telah diumumkan dan calon-calon mahasiswa pendidik telah memberikan saingan yang sengit kepada calon-calon Pimpinan Bitara konon jelah. Daripada 7 orang calon Mahasiswa Pendidik, seramai 6 orang dapat merebut kerusi dan seorang lagi syahid dalam perjuangan ini. walau bagaimanapun, segala puji bagi Allah kerana memberi kemenangan kepada Mahasiswa Pendidik untuk meneruskan perjuangan memartabatkan Syariat Allah SWT.

Kemenangan ini amat diimpikan bagi memastikan Mahasiswa Pendidik dapat menjaga kebajikan semua mahasiswa dan mahasiswi UPSI. Mudah-mudahan kemenangan ini menjadi langkah permulaan untuk kami meneruskan perjuangan ini. Justeru itu, kami Mahasiswa Pendidik mengharapkan semua mahasiswa UPSi dapat memberi sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang kami menjadi wakil anda dalam Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010. Terima kasih kepada semua kerana telah menyokong kami. Setakat ini dahulu coretan daripada insan yang kerdil ini. Semoga Allah memberkati kemenangan dan perjuangan ini. Saya menyeru kepada semua sahabat yang berjaya supaya banyakkan Istighfar kepada Allah semoga kemenangan ini akan dapat memberi kebaikan kepada semua. Insyaallah.

2 comments: