I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 20, 2010

SPP dedah punca pelajar UPSI gagal temuduga

Tanjong Malim , 20 Julai - Surunhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) mendedahkan punca-punca kegagalan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam temuduga 'posting' pada sesi yang lepas.

Menurut maklumat dari e-mail yang diterima Upsikini, punca tersebut diedarkan SPP kepada para Dekan Fakulti dalam Majlis Ramah Mesra SPP dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris baru-baru ini.

Pendedahan terbabit diedarkan kepada UPSI bagi meneliti kelemahan-kelemahan yang dinyatakan dan mengambil tindakan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran dalam program masing-masing.

Dalam hal berkaitan, baru-baru ini, lebih 600 dari pelajar UPSI gagal dalam temuduga disebabkan oleh faktor-faktor seperti yang dilampirkan di bawah.






Sumber : upsikini

Sunday, July 18, 2010

Kenyataan TPM - Satu Persoalan

Kenyataan yang dikeluarkan oleh TPM pada hari ini menimbulkan satu lagi persoalan kepada kita yang mengambil bidang pendidikan. Hal ini kerana, masih terdapat lagi graduat bidang pendidikan yang tidak ditempatkan di mana-mana sekolah di seluruh negara.Bahkan Graduat lepasan UPSI masih ada lagi yang tidak dapat penempatan di sekolah. Di mana silapnya tidak dapat dikenalpasti. Andai guru sudah melebihi seperti mana yang terpampang di dada-dada akhbar sebelum ini adalah perkara yang mustahil bila mana kenyataan TPM ini dikeluarkan.


Jika kita diperhatikan kata-kata TPM, masalah ini tidak sepatutnya wujud bahkan tidak timbul isu yang mengatakan bahawa mahasiswa lepasan bidang pendidikan tidak dijamin menjadi guru. Malah,di UPSI sendiri yang sepatutnya mengeluarkan produk seorang pendidik telah bertukar fungsinya apabila ambilan yang ada sekarang dikatakan tidak fokus kepada guru di sekolah semata-mata. Di mana sebenarnya kesahihan perkara ini jika ditimbangtarakan dengan keadaan serta situasi pada masa kini. Perhatikan kenyataan TPM ini.



Mengatasi kekurangan guru


MUHYIDDIN Yassin diirngi Jumat Idris (kiri) masuk ke dewan persidangan semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Sepanggar, Kota Kinabalu, semalam.


KOTA KINABALU 18 Julai - Kerajaan akan mengambil pendekatan proaktif dengan menghantar guru-guru berasal dari Sabah dan Sarawak mengajar di negeri masing-masing dalam usaha mengatasi masalah kekurangan guru di kedua-dua negeri tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah tersebut akan dilakukan secara berperingkat memandangkan terdapat kekurangan guru pada masa ini.

"Ini akan mengambil masa kerana kita tidak boleh tukar guru dari Semenanjung (yang bertugas di Sabah dan Sarawak) balik ke Semenanjung dan Sabah balik ke Sabah kerana kadang-kadang bilangan (guru) pun tak mencukupi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepanggar di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada dasarnya kerajaan bersetuju guru berasal dari Sabah dan Sarawak ditempatkan di kedua-dua negeri itu kerana mereka lebih mudah memahami dan serasi dengan persekitaran fizikal serta budaya setempat.

Sementara itu, mengulas mengenai kelewatan menyiapkan sebahagian besar makmal komputer di sekolah-sekolah negeri ini, beliau berkata, kementerian akan berusaha menyelesaikan masalah itu dengan segera.

Katanya, beliau memberi perhatian serius atas kelewatan itu yang menyaksikan hanya tiga daripada 250 makmal komputer yang dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini berjaya disiapkan setakat ini.

"Saya tidak gembira dengan situasi itu dan kita memandang serius perkara ini. Kita sedang mengatasi masalah ini," ujarnya.


Tarikh : 19/7/2010
Sumber : Utusan Malaysia

Peringatan : Tambah Gugur Kursus Akan Berakhir

Untuk pengetahuan semua sahabat yang masih lagi sibuk menguruskan ADD/DROP, minggu tambah gugur kursus akan tamat tidak lama lagi. Diharap semua dapat menyelesaikan segala urusan tambah dan gugur ini seperti mana tarikh yang telah ditetapkan oleh bahagian akademik. Ini bagi memastikan kita terlepas daripada bayaran denda. Jika terdapat masalah yang susah untuk diselesaikan, pergilah rujuk ke bahagian akademik dan fakulti masing-masing supaya ia dapat diselesaikan dalam kadar segera. Semoga segala urusan akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Jadual Tambah Gugur Kursus

KATEGORI
PELAJAR

MINGGU TAMBAH KURSUS

MINGGU
GUGUR
KURSUS

Pelajar Lama

12 Julai 2010
hingga
23 Julai 2010

Denda Bermula :
26 Julai 2010

12 Julai 2010
hingga
6 Ogos 2010

Denda Bermula :
9 Ogos 2010

Pelajar Baharu
Mulai Ambilan Julai 2008

12 Julai 2010
hingga
23 Julai 2010

Denda Bermula :
26 Julai 2010

12 Julai 2010
hingga
30 Ogos 2010

Denda Bermula :
1 September 2010




Sama-sama kita hayati maksud firman Allah SWT ini :

1. Demi masa 2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, 3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

(Al Ashr :1-3)

Wednesday, July 14, 2010

Foyer KAB - Pelajar Terpaksa Beratur Panjang Untuk Menaiki Bas





Sebermulanya kuliah pada semester 1 sesi 2010/2011, wujud satu masalah yang sering kali berlaku apabila hendak ke kuliah di waktu pagi. Pada kali ini, masalah ini semakin membimbangkan apabila berlaku perubahan kuliah daripada taman U ke Proton City (PC). Perubahan ini telah menyebabkan bas yang sedia ada terpaksa dipecahkan kepada dua iaitu ke kampus dan juga ke PC di mana sebelum ini bas hanya bergerak ke kampus. Keadaan ini juga berlaku di kolej KHAR dan KUO.

Sepanjang melihat pesta menunggu bas untuk ke kuliah sejak hari pertama kuliah hingga ke hari ini, keadaan pelajar yang beratur di foyer KAB untuk menaiki bas sama sahaja bahkan semakin hari semakin teruk. Keadaan ini amat membimbangkan apabila para pelajar terpaksa beratur panjang sehingga ke pondok jaga. Mengikut perkiraan saya, situasi ini tidak lagi berlaku sepanjang saya berada di kolej Za'ba. Inilah kali pertama saya melihat keadaan yang amat getir sehinggakan bagai nak pecah kepala ini memikirkannya selaku wakil mahasiswa/wi di UPSI. Baru bagai nak pecah,tak pecah pun lagi.hahaha. Pepun keadaan ini perlu ditangani segera supaya para pelajar dapat ke kuliah dengan selesa tanpa perlu menunggu terlalu lama hingga ada yang terlewat ke kuliah.



Apabila membuat pemerhatian sepanjang tiga hari ini, permasalahan ini wujud adalah berpunca daripada kekurangan bas terutamanya bas untuk ke kampus. Pabila bas kurang ditambah pula dengan jarak perjalanan bas yang agak jauh menyebabkan para pelajar lewat ke kelas gara-gara menunggu bas yang lama untuk membuat pusingan. Walau apapun, saya amat respek dan kagum kepada semua mahasiswa UPSI terutamanya pelajar baru yang begitu bersemangat untuk ke kuliah hinggakan ada yang turun seawal jam 6.45 pagi. Teruskan momentum seperti ini sehinggalah anda bergelar seorang guru kelak.



Untuk pemasalahan ini,kami barisan Majlis Perwakilan Pelajar bersama pemimpin-pemimpin di peringkat kolej akan cuba sedaya mungkin untuk menyelesaikannya demi keselesaan kita bersama. Mahasiswa Pendidik Cakna Kebajikan.

Monday, July 12, 2010

Takwim Akademik Sesi 2010/2011


SEMESTER 1


AKTIVITI

TEMPOH

TARIKH

Pendaftaran Pelajar Baru/ suaikenal

Kuliah

Cuti Pertengahan Semester

Kuliah

Minggu Ulang Kaji

Cuti Khas

Peperiksaan

Cuti Semester

1 Minggu


8 minggu

2 minggu

6 minggu

1 minggu

2 minggu

3 minggu

3 minggu

04.07.10 – 11.07.10


12.07. 10 – 03.09.10

04.09.10 – 19.09.10

20.09.10 – 29.10.10

30.10.10 – 07.11.10

08.11.10 – 21.11.10

22.11.10 - 10.12.10

11.12.10 – 02.01.11

















SEMESTER 2


AKTIVITI

TEMPOH

TARIKH

Kuliah

Cuti Pertengahan Semester

Kuliah

Minggu Ulang Kaji

Peperiksaan

Cuti Semester

4 minggu

1 minggu

10 minggu

1 minggu

3 minggu

10 minggu

03.01.11 – 28.01.11

29.01.11 – 06.02.11

07.02.11 – 15.04.11

16.04.11 – 24.04.11

25.04.11 -13.05.11

14.05.11 – 24.07.11





Israk Mikraj : Suatu Pengajaran dan Tauladan



“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam serta selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhamamad SAW yang membawa Syiar Islam kepada kita semua. Bulan rejab telah berlalu dan sekarang bulan Syaaban - Ramadhan akan menyusul. Dalam bulan Rejab ini, terdapat suatu peristiwa yang yang dinamakan Israk Mikraj di mana terdapat berbagai peristiwa di dalamnya yang mengandungi banyak pengajaran buat kita yang bergelar Islam. Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad SAW pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama . Sama-sama kita ikutilah kisah perjalanan baginda ini .

Pada Suatu malam sedang Baginda Rasulullah SAW sedang beristirehat . Baginda didatangi oleh dua malaikat iaitu Malaikat Jibrail & Mikail . Kemudian Baginda Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W. dicuci dengan air zam zam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya adalah seperti di bawah :

a ) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

b ) Seterusnya baginda melalui tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

c ) Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

d ) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

e ) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

f ) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

g ) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

h ) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

i ) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

j ) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

k ) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

L ) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

M )Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

2. Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah) untuk ke tjuh pintu langit iaitu : -

A . Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

B. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

C. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

D. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

E. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

F. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

G. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

H. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

I. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Berikut ialah beberapa dialog antara Baginda Rasulullah & Allah S.W.T

Rasulullah SAW : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapapun sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan ganjaran sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Inilah yang dikatakan bukti kekuasaan dan Mikjizat yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Sunday, July 11, 2010

Transkrip Akademik Boleh Diambil Mulai Hari Ini.

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada semua pelajar senior yang telah berjaya menamatkan praktikum masing-masing. Untuk pengetahuan semua, mulai hari ini bersamaan 12 hb Julai 2010 pelajar yang telah habis praktikum pada bulan Mei lepas boleh mendapatkan Transkrip Akademik masing-masing di Pejabat Hal Ehwal Akademik (Unit Pengijazahan). Proses pengambil transkrip akademik ini boleh dilakukan bermula dari tarikh 12 Julai 2010 dan tiada tempoh tarikh tutup untuk pengambilan transkrip akademik anda.

Menurut maklumat yang diperolehi melalui bahagian akademik, transkrip akademik ini boleh diambil sendiri oleh pelajar atau boleh juga mewakilkan kepada orang lain. Jika tidak dapat dapat berbuat demikian, anda boleh mengambil transkrip tersebut semasa majlis istiadat konvokesyen pada bulan Oktober nanti.