I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, February 25, 2010

Rasulullah Pendidik Terulung

Assalamualaikum....




Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi kerana masih lagi mengurniakan nikmat yang agung sekali kepada kita iaitu nikmat iman dan Islam. Mudah-mudahan nikmat ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Ameen. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam , para sahabat baginda, ahli keluarga serta pejuang yang yang istiqamah dalam menegakkan agama Allah.

Insyaallah pada tahun ini kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk sama-sama menyambut dan meraikan Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam pada 12 rabiulwal 1431 hijrah ini bersamaan 26 Februari 2010. Sesungguhnya rasul yang kita cintai dan kenali bersama ini merupakan qudwah atau ikutan terbaik yang memiliki ciri-ciri terunggul lagi terpilih yang tidak ada cacat celanya. Dalam kesempatan yang diberikan oleh Allah ini, saya ingin mengajak semua saudara se-Islam yang bakal menjadi seorang pendidik ataupun telah menjadi pendidik untuk sama-sama menghayati pendidikan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Sebagai agama yang ajarannya mencakup semua aspek kehidupan, Islam telah mengatur bagaimana untuk melunaskan segala masalah berkaitan pendidikan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberi teladan, apa dan bagaimana untuk menjadi seorang muallim, murabbi atau pendidik yang baik. Hal ini kerana, adalah menjadi satu kemestian seseorang pendidik ingin melihat didikan yang dicurahkan membuahkan hasil terbaik untuk meneladani Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzab: 21)

Pendidikan yang diajarkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bukan dilandasi hawa nafsu. Tidak pula lantaran meniru model-model pendidikan yang berkembang di masa itu. Tapi, apa yang diajarkan benar-benar karena didasari wahyu. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى. إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوحَى

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)

Bagi seorang muslim wajib hukumnya meneladani Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, termasuk dalam aspek pendidikan. Islam tidak akan membiarkan model-model pendidikan yang boleh meracuni anak didik umat Islam dengan nilai-nilai kesyirikan, kekufuran, dan kerusakan akhlak. Di tengah-tengah dahsyatnya gempuran berbagai model pendidikan yang dipasakkan kepada kaum muslimin, jadi,keperluan untuk merujuk kepada apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah suatu yang sangat penting. Maka, tiada pilihan lain bagi seorang muslim kecuali menerapkan apa yang diajarkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمَا ءَاتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.” (Al-Hasyr: 7)

Sebagai akhirnya, semoga dengan penulisan yang sedikit ini, dapat memberi manfaat dan panduan buat kita terutamanya yang bakal menjadi pendidik kelak. Baginda merupakan guru terulung yang tidak mampu ditandingi oleh sesiapapun. Insyaallah, jadikanlah Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam sebaik-baik ikutan dalam kehidupan kita di dunia ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang metod-metod pengajaran nabi saw,bolehlah dapatkan buku Rasulullah Pendidik Terulung di kedai-kedai buku sekarang.


Tuesday, February 23, 2010

Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,Kepada semua calon-calon yang telah menduduki peperiksaan STPM pada tahun lepas, keputusannya akan keluar pada esok hari ( 25 Februari 2010 ). Semua calon-calon boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing. Mahasiswa dan mahasiswi UPSI yang mempunyai adik atau saudara-mara yang sedang menunggu keputusan STPM, bolehlah maklumkan akan hal ini kepada mereka. Insyaallah, semoga anda semua mendapat keputusan yang cemerlang.

Saturday, February 20, 2010

Mahasiswa oh Mahasiswa

Assalamualaikum....

Apa sudah jadi dengan segelintir mahasiswa kita sekarang. Orang terdidik lagi bijak pandai tetapi membuat sesuatu yang tidak masuk dek akal. Pernyataan ini saya kemukakan kerana telah timbul satu isu yang melibatkan mahasiswa di IPT yang heboh dibicarakan di dada-dada akhbar. Nikah "PELIK" di IPT itulah yang menjadi isunya. Menurut laporan akhbar,pernikahan ini melibatkan beberapa pasangan dalam kalangan mahasiswa sendiri yang berlaku di sebuah IPT di ibu negara. Pernikahan ini dikatakan menyeleweng di mana pengantin, saksi, wali, tetamu dan tok kadinya terdiri daripada rakan sekuliah. Pernikahan ini sangat bertentangan dengan apa yang ditetapkan oleh agama kita yakni Islam. Persoalannya di sini, Sudah terdesak sangatkah mahasiswa kita hari ini ingin berkahwin sehingga rukun-rukun dibelakangkan.

Ingatlah wahai pemuda dan pemudi sekalian, kita merupakan orang yang terpilih untuk menjadi penghuni di IPT-IPT yang mempunyai kelebihan dari segi Ilmu dan akhlaknya. Kita juga menjadi harapan kepada kedua ibu bapa untuk melihat diri kita berjaya dengan baik dalam bidang pendidikan. Oleh itu, jadilah seorang penuntut IPT yang selayaknya dengan tahap keintelektualan kita. Gunakan ilmu yang ada itu dengan sebaik mungkin untuk mengenal yang mana boleh dan yang tidak boleh dilakukan. Janganlah kita mempunyai ilmu semata-mata tetapi tidak tahu untuk menggunakannya. Janganlah menggunakan ilmu ke arah keburukan. Jadilah sebagai contoh tauladan yang baik buat masyarakat seluruhnya. Insyaallah, semoga kita semua terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang terkutuk sebegini.

“Kepada adik-adik remaja, rakan-rakan seperjuangan khususnya mereka yang menuntut di UPSI, jauhilah maksiat bercouple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah bahawa anda amat berani mendurhakai Allah. Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai. Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya..”

Ingat, rumahtangga yang tidak ditentukan arah tujunya, adalah rumahtangga yang tidak tentu arah.

Satu jalan menuju ke Syurga.

Satu jalan menuju ke Neraka.

Bahagia hendaknya, biar sampai ke Syurga.



Sebagai akhirnya, marilah kita sama-sama hayati firman Allah SWT ini sebagai pendorong buat kita semua dalam menuntut ilmu..maksudnya:

"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat"

Berdasarkan firman di atas, Allah akan mengangkat darjat orang yang beriman lebih-lebih lagi yang mempunyai ilmu pengetahuan, beberapa darjat yang tinggi di sisi Allah. Dan Allah juga akan mengangkat darjat orang yang berilmu tetapi tidak beriman satu darjat yang tinggi di dunia ini.

Thursday, February 18, 2010

BARISAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2009/2010



Yang Dipertua: Mohd Razik Bin Khalid
Timbalan Yang Dipertua: Shaiha Binti Sulaiman
Naib Yang Dipertua: Mohd Nizamddin Bin Samsudin
Setiausaha Agung: Zuraini Binti Zamri
Penolong Setiausaha: Nadiah Binti Mohd Khalid
Bendahari: Nurul Illyana Binti Mohamad
Penolong Bendahari: Khadijah Binti Mohd Bakri

EXCOExco Akademik dan Kerjaya :
Balaganesh A/L G.P Ponniah
Mohd Amin Bin Mat Sidik

Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa :
Mohd Muzakkir Afiq Bin Musa
Nooranoo Binti Arifin

Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan :
Nurul Fatimah Binti Kilat
Nik Azrul Bin Nik Kamarudin

Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah :
Atiqah Binti Mohd Hasbi
Mohd Zahar Bin Mohamed Nor

Exco Perpaduan dan Integrasi :
Samual Sila Mathew Unjah
Juriah Binti Conding

Exco Ekonomi dan Keusahawanan :
Mohd Zulhelmi Bin Abdul Wahab
Noe Ashikin Binti Mohd Yusof

Exco Kesenian dan Kebudayaan :
Mohd Sahril Bin Mohd Yusof
Herwana Binti Herman

Exco Sukan dan Rekreasi :
Mohd Hafiez Bin Sabri
Mazira Binti Nasiron

Exco Penerbitan dan Informasi :
Nurul Fatihah Binti Azhar
Lok Yun Loi


MAKLUMAT LANJUT
Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar
Bangunan Bitara Siswa
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
Telefon : 605-4506902
Faks : 605-4506903
http://mpp.upsi.edu.my

Wednesday, February 17, 2010

Kembali ke Zaman Jahilliah

Assalamualaikum..

Apabila akhbar-akhbar menyiarkan masalah pembuangan bayi, tergambar di sudut hati ini apa sudah jadi dengan masyarakat kita sekarang. Anak sendiri pun sanggup dibuang. Ini kerana, kejadian pembuangan bayi dalam masyarakat kita pada hari ini semakin menjadi-jadi dan menyedihkan apabila saudara Islam kita sendiri yang melakukan perkara terkutuk ini. Adakah sudah tidak ada lagi rasa takut Pada Yang Esa tatkala melakukan perkara ini ataupun sudah tidak ada rasa belas kasihan akan bayi yang dilahirkan itu???




Teman-teman ,semasa cuti perayaan tahun baru cina pada minggu lepas, kita dikejutkan dengan satu kejadian yang menyayat hati. Apabila di bandar kuala Krai, negeri kelantan dikejutkan dengan kejadian bayi yang dibuang dan dibakar di dalam tong sampah. Kejadian ini terjadi di tempat saya dan hati ini sangat sedih dan kecewa sekali apabila melihat sendiri anak kecil yang dibuang dan dibakar.. Mata ini melihat sendiri keadaan bayi yang dibuang ini. sangat menyedihkan!!!! Pabila melihat keadaan ini, hati ini berbicara dan berkata bahawa masyarakat kita pada hari ini telah kembali mewarisi sifat-sifat masyarakat jahiliah dahulu. Di mana kita ketahui bahawa di zaman jahiliah dahulu mereka membunuh anak yang baru dulahirkan secara hidup-hidup. Inilah yang telah terjadi dalam masyarakat kita sekarang. Tidak ada rasa takut pada yang Esa

Untuk itu, saya berpesan kepada diri sendiri dan kepada semua, sama-samalah kita hindari perkara-perkara yang terkutuk ini agar kita semua mendapat keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Insyaallah. Sama- sama kita saling nasihat dan bertegur-teguran ke arah kebaikan demi menjadi orang yang betul-betul beriman seperti mana firman Allah SWT :

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr : 1 – 3).

Mohd Amin Bin Mat Sidik
Mahasiswa UPSI
Exco Akademik dan Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar
UPSI

Thursday, February 4, 2010

MAKLUMAN PENGAMBILAN SLIP PENDAFTARAN KURSUS

Assalamualaikum…..

Mahasiswa dan mahasiswi UPSI yang dikasihi sekalian. Pihak Akademik UPSI telah mengeluarkan memo supaya semua mahasiswa dan mahasiswi mengambil slip pendaftaran kursus di setiap fakulti masing-masing. Kepada sesiapa yang belum mengambil Slip tersebut, sila berbuat demikian seperti tarikh yang ditetapkan untuk mengesahkan pendaftaran tersebut sepertimana memo yang dikeluarkan oleh pihak Akademik :

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU (MULAI AMBILAN JULAI 2008)
PELAJAR SEMESTER 1 HINGGA 4

MERUJUK KEPADA BUKU KAEDAH UNIVERSITI
(PERKARA AKADEMIK 2008):
3.9 "PELAJAR PERLU MENGAMBIL SLIP PENDAFTARAN KURSUS DAN MENGESAHKAN KURSUS-KURSUS YANG TELAH DIDAFTARKAN PADA MINGGU KELAPAN (8)".

KEPADA PELAJAR BAHARU YANG TELAH MENGAMBIL SLIP SEMAKAN PENDAFTARAN KURSUS (LEBIH AWAL DARI TARIKH YANG DITETAPKAN), ANDA DIWAJIBKAN UNTUK MENGAMBIL SEMULA SLIP SEMAKAN PENDAFTARAN KURSUS TERSEBUT MENGIKUT TARIKH SEPERTI BERIKUT:


KATEGORI PELAJAR PELAJAR BAHARU MULAI AMBILAN JULAI 2008
(SEMESTER 1 - 4)


TARIKH SLIP BOLEH DIAMBIL
22 Februari 2010 (Isnin)
hingga
5 Mac 2010 (Jumaat)


DENDA BERMULA
8 MAC 2010 (ISNIN)



SEBARANG KEGAGALAN ANDA UNTUK MENGAMBIL DAN MENGESAHKAN PENDAFTARAN KURSUS YANG DIAMBIL BOLEH MENJEJASKAN URUSAN PEPERIKSAAN ANDA. SEBARANG KECUAIAN ADALAH DI BAWAH TANGGUNGJAWAB ANDA.



TARIKH NOTIS : 29 JANUARI 2010
DIKELUARKAN OLEH : PEJABAT PENDAFTAR
BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK
UNIT PENDAFTARAN